Android 15 Developer Preview Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Google kini melancarkan Android 15 Developer Preview (DP1), sekali gus memberikan pandangan awal mengenai sistem operasi Android akan datang.

{suggest}

Bermula hari ini, Android 15 DP1 tersedia untuk siri Pixel 6, Pixel 7, Pixel 8, Pixel Fold dan Pixel Tablet. Perlu diketahui, pratonton ini merupakan binaan asas awal untuk pembangun sahaja dan tidak sesuai untuk kegunaan harian oleh pengguna awal.

Apa yang baharu dalam Android 15 Developer Preview?


Privacy Sandbox pada Android


Android 15 menawarkan versi terkini Privacy Sandbox pada Android. Ia bertujuan untuk membangunkan teknologi baharu yang meningkatkan privasi pengguna dan membolehkan pengalaman pengiklanan yang berkesan untuk aplikasi mudah alih.

Perkongsian skrin separa


Android 15 menyokong perkongsian skrin separa supaya pengguna boleh berkongsi atau merakam separuh tetingkap skrin, dan bukannya secara keseluruhan.

Ini bermakna, tiada aplikasi sensitif yang muncul jika pengguna ingin berkongsi skrin ke paparan luaran atau jika merakam tutorial dan sebagainya.

Ciri ini, yang pertama kali dilihat dalam Android 14 QPR2, termasuk panggilan balik yang membolehkan aplikasi menyesuaikan perkongsian skrin separa.

Health Connect


Android 15 menyertakan kemas kini pada platform Health Connect oleh Android, yang menambah sokongan untuk jenis data baharu merentas kecergasan, pemakanan dan banyak lagi.

Kawalan kamera dalam aplikasi


Android 15 turut menambah extension baharu untuk lebih kawalan ke atas perkakasan kamera dan algoritma pada peranti yang disokong:

  • Penambahbaikan cahaya rendah yang memberikan pembangun kawalan untuk meningkatkan kecerahan pratonton kamera.

  • Pelarasan kekuatan flash membolehkan kawalan tepat keamatan cahaya dalam kedua-dua mod tunggal dan torch semasa menangkap gambar.


Lain-lain


Antara lainnya termasuk penambahbaikan dari segi prestasi dan kualiti, produktiviti pembangun, sokongan lebih baik untuk aplikasi maya MIDI, File Integrity serta perlindungan privasi dan keselamatan pengguna.

Ketersediaan Android 15


Google telah memperincikan jadual pelancaran bagi Developer Preview dan versi Beta Android 15.

Terdapat dua versi Developer Preview, iaitu pada Februari dan Mac. Android 15 versi Beta 1 dan Beta 2 akan dikeluarkan pada April dan Mei.



Platform Stability, dengan API SDK/NDK akhir akan hadir dalam Beta 3 dan Beta 4 pada Jun hingga Ogos. Setelah itu, ia akan mempunyai tempoh beberapa bulan sebelum dikeluarkan secara rasmi.

Sumber: Android 15 Developer Preview (1,2)