Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14_telepolis

Aplikasi Boleh Tahu Jika Pengguna Tangkap Layar Peranti Dalam Android 14

Diterbitkan November 29, 2023 · Dikemas kini November 29, 2023 oleh Amalina Athman

Sebilangan aplikasi, seperti Snapchat, boleh mengesan jika pengguna melakukan screenshot atau tangkap layar. Akan tetapi, ia tidak menggunakan alat terbina dalam sistem operasi.

Terbaharu, Android 14 telah memperkenal API pengesanan tangkap layar, yang membolehkan aplikasi berfungsi dengan OS untuk mengesan apabila pengguna mengambil tangkap layar.

Berkaitan

  • Android 14 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Android 14 Lepas Ini Mudahkan Pengguna Sembunyikan Aplikasi Dan Data Peribadi

Bagi pembangun, ciri ini menjadikannya lebih mudah mengesan dan mengambil tindakan seperti menyekat tangkap layar dalam aplikasi untuk privasi dan keselamatan.

Aplikasi Boleh Tahu Jika Pengguna Tangkap Layar Peranti Dalam Android 14

Sementara untuk pengguna, Android 14 akan memberikan notis apabila tangkap layar telah dikesan oleh aplikasi berkenaan.

Ketika ini, beberapa aplikasi telah mula menggunakannya. Seperti dilapor Android Police, aplikasi beli-belah “OTTO” telah melaksanakan sokongan untuk pengesanan tangkap layar.

Android 14_detect screenshot

Sejurus pengguna mengambil tangkap layar, mesej di skrin akan memaparkan “OTTO detected this screenshot”.

Bagaimanapun, buat masa ini tidak semua aplikasi menggunakan sistem API tersebut.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY