Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14_a

Android 14 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 9, 2023 oleh Amalina Athman

Google secara rasmi telah melancarkan versi stabil Android 14, yang merupakan sistem operasi terkini Android.

Mulai 4 Oktober, Android 14 tersedia untuk telefon Pixel (4A 5G dan ke atas), Pixel Fold dan Pixel Tablet. Sementara telefon daripada pengeluar termasuk Samsung, Nothing, OnePlus, OPPO, realme, Sony, Xiaomi, vivo dan lain-lain akan menyokongnya kemudian.

Pembaca juga boleh menonton video NGETEH (Podcast ) Wiser yang membincangkan tentang siri Pixel 8 dan Android 14. Kemas kini Android 14 menawarkan sejumlah peningkatan prestasi termasuk ciri baharu seperti di bawah:

Skrin Kekunci boleh diubah

Android 14_5
Android 14_6
Android 14_7

Antara ciri utama dalam Android 14, skrin kekunci (lock screen) kini boleh diubah dengan gaya dan format jam, font, wallpaper, widget yang berbeza dan sebagainya.

Generatif AI untuk wallpaper

generatif ai wallpaper android 14

Selain itu, Google juga menambah sokongan wallpaper dengan janaan AI. Pengguna boleh memilih pra-tetapan yang dicadangkan berdasarkan prompt untuk menghasilkan wallpaper. Namun, ciri itu hanya akan tersedia pada Pixel 8 dan 8 Pro semasa pelancaran.

Ultra HDR

Android 14 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu

Android 14 menawarkan sokongan imej HDR 10-bit dengan Ultra HDR. Format ini serasi sepenuhnya dengan JPEG.

Health Connect

Android 14_4

Ciri seakan Apple Health, iaitu Health Connect kini sebahagian daripada Android 14. Kemas kini kelak adalah melalui Google Play System Updates, berbanding aplikasi berasingan di Play Store. Health Connect menawarkan penyimpanan data kesihatan dan kecergasan pada peranti.

Peningkatan PIN keselamatan

Android 14_3

Android 14 menambahbaik keselamatan PIN dengan menggalakkan pengguna menetapkan PIN enam digit. Selepas menaip PIN 6 digit dengan betul, pengguna kini tidak lagi perlu tekan “enter” kerana peranti akan membuka kunci secara automatik.

Selain itu, Android 14 juga hadir dengan ciri “notifikasi Flash”, peranti yang boleh dijadikan sebagai webcam serta penambahbaikan bagi alat bantu pendengaran dan sebagainya.

{suggest}

Seperti dinyatakan, Android 14 mula dilepaskan bagi peranti Pixel yang menyokong bermula 4 Oktober, manakala peranti daripada Samsung Galaxy, iQOO, Nothing, OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Sony, Tecno, vivo dan Xiaomi akan tersedia kemudian.

Sumber: The Keyword

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY