Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 11

Android 11 Developer Preview – Apa Yang Baru?

Diterbitkan Februari 20, 2020 · Dikemas kini Februari 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seminggu yang sudah Google dikatakan secara tidak sengaja memuat naik Android 11 Developer Preview tetapi telah menurunkannya selepas itu.

Kini ia dilepaskan sekali lagi dan ia lebih awal daripada kebiasaan penawaran sebelum ini yang selalu dibuat sekitar Mac. Versi ini ditujukan kepada pembangun dan bukannya untuk kegunaan umum dan hanya disediakan untuk Pixel 2 / 2 XL, Pixel 3 / 3 XL, Pixel 3a / 3a XL, or Pixel 4 / 4 XL sahaja.

Melalui Developer Preview ini, sejumlah ciri-ciri baru bakal ditawarkan seperti;

1. Terdapat seksyen perbualan pada bahagian notifikasi

2. Bubbles, seperti notifikasi Facebook Messenger. Ia memudahkan akses kepada mesej ketika anda melakukan perkara lain didalam peranti.

3. Rakaman skrin. Sudah berada pada Android 10 beta tetapi tidak ditawarkan pada versi akhir. Ia mungkin disertakan pada versi kali ini.

4. Motion Sense baharu untuk main atau henti seketika muzik pada Pixel 4.

5. Hidupkan mod Airplane tidak lagi memutuskan sambungan Bluetooth.

6. Privasi dan kebenaran untuk akses lokasi. Aplikasi dibenarkan sekali sahaja untuk akses fungsi lokasi. Apabila selepasi menggunakan aplikasi dan mahu gunakannya semula, aplikasi perlu meminta kebenaran sekali lagi.

Android 11 Developer Preview – Apa Yang Baru?

7. Pengaktifan tema gelap secara automatik atau tempoh masa yang ditetapkan pengguna.

Terdapat juga perubahan lain seperti, sokongan lebih baik untuk jenis skrin boleh lipat, melengkung, paparan berlubang, serta sokongan 5G. Versi beta dijangka bermula sekitar Mei dan versi stabil dibuat suku ketiga.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY