Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Rasa Telefon Pintar Anda Cukup Hebat Dengan 3 Kamera? Fikirkan Kembali..

Anda Rasa Telefon Pintar Anda Cukup Hebat Dengan 3 Kamera? Fikirkan Kembali..

Diterbitkan Mei 28, 2017 oleh Wiser MY

Obsesi jenama telefon pintar China dengan kamera mencapai satu tahap baru dengan pelancaran satu telefon pintar yang menampilkan dua kamera di belakang dan dua kamera di bahagian depan.

Telefon yang dipanggil Gionee S10 juga datang dengan spesifikasi yang agak premium yang membuatkan telefon ini satu pilihan yang boleh dipertimbangkan pada masa akan datang.

Gionee tidaklah popular seperti jenama China yang lain seperti Xiaomi, Huawei, Oppo dan Vivo.

Telefon S10 mereka akan memuatkan dua kamera belakang dengan 16-megapiksel dan 8-megapiksel.

Sementara itu untuk kamera depan pula ialah 20-megapiksel dan 8-megapiksel.

Gionee juga berkata kamera utama belakang mereka akan dilengkapi aperture f/1.8 dan berkebolehan menangkap di sudut yang lebar.

Anda Rasa Telefon Pintar Anda Cukup Hebat Dengan 3 Kamera? Fikirkan Kembali..

Telefon ini menggunakan cip MediaTek Helio P25, ruang RAM sebanyak 6 GB, ruang penyimpanan sebanyak 64 GB dengan paparan 5.5 inci berdefinisi tinggi.

Kapasiti bateri pula ialah sebanyak 3,450 mAh dan lengkap bersama Android 7.0 Nougat.

Setakat ini syarikat ini tiada perancangan untuk menjual telefon ini ke pasaran luar dari China dan harga permulaan untuk telefon ini ialah 2,599 Yuan atau RM 1,600.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY