Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung android update

Anda Patut Hidupkan Ciri Tersembunyi Ini Untuk Jadikan Telefon Pintar Android Lebih Selamat

Diterbitkan Mei 24, 2022 oleh ariff bukhari

Bagi pengguna yang mungkin belum tahu, telefon pintar Android dilengkapi dengan ciri yang dikenali sebagai ‘Lockdown‘.

Lockdown merupakan ciri yang dimuatkan dalam sistem operasi Android 9 dan ke atas.

Tujuan fungsi ini diwujudkan adalah bagi meningkatkan lagi ciri keselamatan telefon pintar Android.

Apabila ciri Lockdown diaktifkan, ia akan nyah aktifkan 3 ciri lain yang ada pada peranti Android iaitu membatalkan ciri Smart Lock, imbasan biometrik dan tidak memaparkan notifikasi ketika skrin dikunci.

Anda Patut Hidupkan Ciri Tersembunyi Ini Untuk Jadikan Telefon Pintar Android Lebih Selamat

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda perlu terlebih dulu mengaktifkannya dari Tetapan telefon pintar Android anda.

  • Settings > Lock Screen > Secure lock settings > Confirm PIN > Show Lockdown option.

Kemudian untuk mula menggunakan ciri ini, anda tekan lama butang kuasa peranti sehingga dipaparkan menu seperti rajah di bawah.

lockdown 2

Seterusnya, tap pada ikon Lockdown Mode. Selepas itu anda akan dapati, telefon pintar anda telah dikunci.

3 ciri yang dinyatakan di atas tadi iaitu Smart Lock, imbasan biometrik dan tidak memaparkan notifikasi ketika skrin dikunci juga telah dinyah aktifkan.

Jadi, untuk membuka semula telefon pintar anda, cara yang hanya boleh digunakan adalah dengan memasukkan PIN, lukis corak atau memasukkan kata laluan sahaja.

Diharapkan dengan mengaktifkan tetapan Lockdown ini, ia akan dapat meningkatkan lagi keselamatan telefon pintar anda.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

P/s: Setakat semakan kami, ciri Lockdown ini tidak pula ditawarkan dalam beberapa model telefon pintar seperti Xiaomi, Realme, Vivo dan Oppo. Tetapi ia ada ditawarkan dalam telefon Android dari Samsung, Honor dan Pixel.

Baca juga:

  • Ini Perbezaan Setiap Pelan Langganan PlayStation Plus
  • Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation
  • Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY