Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation

Posted on April 22, 2022

Mengikut laporan, Sony dilaporkan sedang membangunkan iklan untuk game percuma (free to play) di PlayStation. Langkah tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada pembangun permainan mengewangkan (monetize) hasil kerja mereka. Secara tidak langsung, menggalakkan mereka untuk menghasilkan lagi permainan percuma.

Iklan dalam permainan ini dijangkakan bakal dilancar pada hujung tahun 2022 ini. Iklan tersebut akan muncul di kawasan yang tidak terganggu dalam permainan seperti papan iklan. Tambahan lagi, pemain akan mendapat ganjaran sekiranya menonton iklan tersebut.

Sony masih tidak memutuskan lagi untuk mengambil sebahagian daripada hasil iklan itu. Tetapi, Sony sedang mempertimbangkan pembangun permainan dan penerbit untuk membayar bagi data pengguna.

Pendekatan Sony ini dibuat selepas Microsoft dilaporkan merancang untuk melaksanakan perkara sama dalam permainan Xbox yang percuma. Walau bagaimanapun, Microsoft tidak merancang untuk mengambil sebarang potongan daripada hasil iklan tersebut.

Sumber: TheVerge

Gambar utama: What Hi-Fi

Baca juga:

  • Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar
  • Macam Microsoft, Sony Dilapor Akan Perkenal Langganan PlayStation ‘Game Pass’
  • Sony Mungkin Lancarkan PlayStation 5 Pro Dengan Prestasi Jauh Lebih Baik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress