Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Plus

Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar

Diterbitkan April 13, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Firdaus

PlayStation bakal melancarkan pelan Plus mereka yang berwajah baharu pada bulan Jun nanti. Pelan tersebut akan menawarkan permainan video baharu dan berbeza berbanding pelan yang sebelumnya.

Selain itu, PS Plus baharu ini bakal memperkenalkan 3 tahap langganan PlayStation Plus Essential, Extra dan yang paling mahal, Premium. Berikut merupakan harga langganan baharu pelan PS Plus pada bulan Jun nanti yang diumumkan Sony PlayStation.

Jenis Langganan PS Plus  1 Bulan   3 Bulan   1 Tahun 
Essential   RM29  RM59  RM159 
Extra   RM44  RM114  RM269 
Premium  RM50  RM130  RM309 

 

Sony telah mengesahkan perkara ini walaupun ada beberapa aspek perkara yang tidak kita ketahui lagi. Selain itu, anda berpeluang untuk bermain permainan video klasik daripada PlayStation (PS1), PlayStation 2 dan PSP sekiranya anda menjadi pelanggan tahap premium.

Buat masa sekarang, Sony telah mengesahkan bahawa pelanggan tahap Extra dan Premium boleh mengakses kepada sekitar 400 game yang paling disukai daripada konsol PS4 dan PS5.

Tambahan lagi, game Returnal yang merupakan antara game konsol terbaik 2021 dijangkakan boleh diakses oleh pelanggan PS Plus pada Jun nanti.

Selain itu, Sony juga akan memberi anda akses kepada games AAA yang lain seperti Marvel’s Spider-Man, Death Stranding, God Of War, Mortal Kombat 11 dan banyak lagi.

Sumber: PlayStation Blog

Gambar utama: PlayStation Blog

Baca juga:

  • Macam Microsoft, Sony Dilapor Akan Perkenal Langganan PlayStation ‘Game Pass’
  • Sony Mungkin Lancarkan PlayStation 5 Pro Dengan Prestasi Jauh Lebih Baik
  • Menteri Ukraine Gesa PlayStation & Xbox Sekat Akaun Rusia Sementara Waktu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY