Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Guna Touch ‘n Go e-Wallet Untuk Menderma Ke Masjid Menjelang Ramadhan

Guna Touch ‘n Go e-Wallet Untuk Menderma Ke Masjid Menjelang Ramadhan

Diterbitkan Mei 2, 2019 ยท Dikemas kini Mei 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Perkhidmatan e-dompet yang ditawarkan dalam negara bukan sahaja memudahkan kita melakukan pembayaran tanpa tunai , malah ia boleh dimanfaatkan untuk sumbangan kepada masjid.

Awal tahun ini, TNG Digital telah memperkenalkan kaedah sumbangan kepada masjid melalui imbasan kod QR pada aplikasi e-Wallet mereka. Pada permulaan, ia hanya disediakan di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South.

Hari ini, syarikat itu bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengumumkan program ‘7 Tangkai: Jom Infak’, memberikan peluang kepada orang ramai menderma dengan lebih mudah menggunakan e-Wallet Touch ‘n Go.

“Kami ingi membentuk tingkah laku baru dan mengubah cara sumbangan derma dilakukan. Melalui inovasi dan teknologi inklusif, kami dapat memenuhi keperluan masyarakat hari ini,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd.

Sehingga kini, terdapat 10 buah masjid yang telah dilengkapi dengan kemudahan kod QR:

  1. Masjid Ar-Rahah, Bangsar South
  2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara
  3. Masjid Salahudin Al-Ayyubi, Taman Melati
  4. Masjid Jamek, Kampung Baru
  5. Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa
  6. Masjid Abd Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru
  7. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  8. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail
  9. Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail

TNG Digital menyasarkan 40 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk diserapkan di bawah program ‘7 Tangkai: Jom Infak’ menjelang akhir tahun ini.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY