Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anatsa Perdaya Pengguna Android Sebagai Aplikasi Pembaca Dokumen

Anatsa Perdaya Pengguna Android Sebagai Aplikasi Pembaca Dokumen

Diterbitkan September 4, 2025 ยท Dikemas kini September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Zscaler ThreatLabz melaporkan perihal terbaru mengenai perisian hasad Anatsa atau juga dikenali sebagai TeaBot, sejenis trojan perbankan Android yang mula muncul pada 2020 dahulu.

Perisian hasad ini mampu mencuri kelayakan log masuk, merekod keystroke, serta memudahkan penipuan transaksi kewangan.

Dalam kempen terbaru, Anatsa kini didapati menyasarkan lebih 831 institusi kewangan di seluruh dunia, termasuk bank dan platform kripto di Jerman dan Korea Selatan.

Anatsa diedarkan melalui aplikasi umpan di Google Play Store, dengan menyamar pelbagai aplikasi seperti aplikasi pembaca dokumen yang sebahagiannya mencecah 50,000 muat turun setiap satu.

Anatsa Perdaya Pengguna Android Sebagai Aplikasi Pembaca Dokumen
Anatsa Perdaya Pengguna Android Sebagai Aplikasi Pembaca Dokumen

ThreatLabz turut melaporkan 77 aplikasi berbahaya lain dari pelbagai keluarga perisian hasad meliputi Joker, Harly dan lain-lain, dengan jumlah pemasangan lebih 19 juta.

ThreatLabz berkata, terdapat peningkatan besar aplikasi yang mengandungi perisian hasad iklan di Play Store, walaupun beberapa jenis perisian hasad seperti Facestealer dan Coper menunjukkan penurunan.

Anatsa Perdaya Pengguna Android Sebagai Aplikasi Pembaca Dokumen

Penyelidik menyimpulkan bahawa Anatsa semakin maju dengan taktik anti pengesanan yang canggih untuk mengelak daripada dikesan ciri pengimbas keselamatan peranti.

Ekoran itu, pengguna Android dinasihatkan supaya sentiasa menyemak kebenaran aplikasi dan memastikan ia sejajar dengan fungsi sebenar aplikasi tersebut walaupun ia dimuat turun dari dalam Google Play Store.

Berkaitan

  • Ribuan Telefon Android Baharu Diprapasang Perisian Hasad - Kaspersky
  • Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY