Sudah menjadi tugas supporter untuk melaksanakan tugas ini dengan sempurna agar strategi pasukan dapat berjalan tanpa sebarang masalah.
Fungsi ward hanyalah satu, mengetahui kedudukan musuh.
Untuk pemain DOTA 2 tahap tinggi, permainan ward sangat dititik beratkan dan boleh menjadi faktor pengubah sesuatu permainan.
Invictus Gaming yang telah memenangi DAC 2017 yang lalu tidak terlepas dari dikaji cara permainan ward mereka yang membolehkan dua pemain penting mereka, BurNing dan OP dapat mengumpul kekuatan sebelum melakukan tolakan akhir.
Analisa ini hanya menyentuh kepada permainan ward permulaan dan untuk fasa awal dan akhir akan dikupas pada entri seterusnya.
- Permulaan Permainan (Dire)
Dengan merujuk gambar diatas, ternyata IG sangat mementingkan penglihatan di tengah peta kerana ingin menjaga OP dari diserang hendap oleh pihak lawan.
Mereka juga meletakkan keutamaan penglihatan pada pintu masuk ke kawasan hutan Dire bagi mengesan pergerakan musuh yang mungkin akan menyerang hendap pemain posisi pertama mereka.
- Permulaan Permainan (Radiant)
Sekali lagi IG menggunakan cara yang sama dengan menjaga pemain tengah mereka bagi mengutip duit dan pengalaman bagi membawa pasukan ke fasa pertengahan permainan.
Di sebelah Radiant, IG terpaksa mengawal kawasan yang lebih besar terutamanya safe lane mereka dan mengorbankan penglihatan pada offlane mereka.
Bergantung juga dengan apa yang pasukan lawan pilih untuk hero mereka, IG memastikan BurNing dapat bermain dengan baik dan mengharapkan pemain veteran tersebut melakukan pergerakan-pergerakan yang baik.
Sumber
Berkaitan
- NVIDIA GTX 2080 & 2080 Ti Semakin Menghampiri, Kad Dari Pelbagai Pengeluar Mula Kelihatan
- Samsung Akan Terus Menggunakan Paip Haba Untuk Peranti 2018 Mereka
- Versi Remaster Diablo 2 Dan Warcraft 3 Mungkin Dalam Proses Pembangunan
- Jualan Huawei MateBook Melebihi 1,000 Unit Dalam Tempoh 2 Bulan
- [Dota 2] Team Liquid Juara TI 7 Yang Terbaru
- Call Of Duty: Mobile World Championship Tawar Hadiah Lebih $2 Juta
- Terdapat Beberapa Perkara Membimbangkan Mengenai Pembantu Digital Terbaru Samsung, Bixby
- Tiga Jenama Ini Akan Guna Paparan OLED Boleh Lipat Dari Samsung
- Black Shark 3s - Skrin 120Hz Yang Lebih Pantas Dari Black Shark 3 Pro
- Lebih 100 Negara Bersetuju Berbincang Mengenai Cukai Digital