Pasti ramai dalam kalangan kita akan menyorok keputusan peperiksaan semasa di sekolah. Baik ujian bulanan, mahupun percubaan SPM.
Bagi ibu bapa yang mengesyaki anak-anak mereka menyembunyikan atau menipu keputusan peperiksaan, anda boleh menggunakan laman SAPS.
SAPS merupakan sebuah laman web yang diwujudkan oleh kerajaan untuk memudahkan guru mengisi markah peperiksaan dan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara dalam talian.
Oleh yang demikian, ibu bapa yang mahu “ajar” anak-anak, berikut merupakan cara untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah melalui SAPS :
Pertama sekali, anda perlu melayari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Selepas itu, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir seperti dalam gambar di bawah.
Kemudian, pilih negeri, daerah dan nama sekolah anak-anak anda dan klik ‘Semak’ untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak-anak anda sama ada untuk sekolah rendah atau sekolah menengah.
Kemudian, anda boleh masukkan tahun dan pilih keputusan peperiksaan. Di sini juga, ada pilihan untuk papar slip keputusan yang mana hanya satu peperiksaan sahaja atau papar markah peperiksaan bagi mengetahui keputusan penuh bagi satu tahun.

Walau bagaimanapun, semakan keputusan peperiksaan sekolah ini hanya boleh dibuat untuk pelajar di bawah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.
Bagi sekolah di bawah badan swasta, separa swasta atau kerajaan negeri, mereka tidak dapat menyemak keputusan peperiksaan di laman web SAPS tersebut.
Akhir sekali, kepada adik-adik yang masih belajar, teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh dan banggakan ibu bapa anda.
Baca juga :