Pelajar Sekolah Digalak Untuk Sertai Pertandingan Inovasi Samsung Ini

Samsung Malaysia Electronics hari ini melancarkan Solve for Tomorrow 2021, iaitu sebuah pertandingan generasi muda untuk para pelajar mencipta solusi untuk isu-isu yang dihadapi masyarakat melalui Sains, Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik atau pendidikan STEM.

Pertandingan ini akan bermula 14 Julai 2021 dan berakhir di satu acara kemuncak Pembentangan dan Acara Penyampaian Hadiah pada 9 Dismber 2021.

Pertandingan ini dilancarkan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia dibuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 di seluruh negara yang berdaftar di bawah KPM.

Selain itu, ia turut memberi peluang untuk para pelajar terlibat di dalam aktiviti STEM dan meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Tahun ini, tema pertandingan tersebut adalah mengetengahkan dua isu utama masyarakat - 'Akses kepada pendidikan' dan 'kelestarian alam sekitar'.



Mengenai pertandingan ini, satu pasukan yang terdiri dari tiga orang akan menghantar esei yang menerangkan sesuat masalah dan bagaimana solusi dari STEM dapat menyelesaikannya.

Bagi pusingan kedua, sepuluh pasukan yang disenarai pendek akan memuktamadkan idea mereka dan mempamerkannya melalui pembentangan PowerPoint.

Pada pusingan ketiga dan terakhir, lima pasukan teratas akan digalakkan untuk mencipta prototaip penyelesaian. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video pembentangan untuk menjelaskan fungsi prototaip mereka.

Pemenang akan dinilai berdasarkan isu relevan, kreativiti, potensi idea, aplikasi STEM dan pembentangan penyelesaian secara inovatif.

Berikut adalah hadiah bagi para pemenang:

Tempat pertama - Produk Samsung bernilai sehingga RM12,000 kepada sekolah dan produk Samsung bernilai sehingga RM6000 bagi setiap pelajar

Tempat kedua - Produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 kepada sekolah dan produk Samsung bernilai sehingga RM5000 bagi setiap pelajar

Tempat ketiga - Produk Samsung bernilai sehingga RM8000 kepada sekolah dan produk Samsung bernilai sehingga RM4000 bagi setiap pelajar

Saguhati - Dua produk saguhati produk Samsung bernilai sehingga RM6600

Sumber: Siaran Akhbar Samsung

Baca juga - Samsung Galaxy S22 Dijangka Ada Kamera Olympus, Mungkin Dilancar Januari 2022

Baca juga - Exynos 2200 Didakwa Akan Kalahkan Snapdragon 895