Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Kini Boleh Daftar Program Generasi E-Sukan Sekolah (GES2021)

Pelajar Kini Boleh Daftar Program Generasi E-Sukan Sekolah (GES2021)

Diterbitkan Februari 17, 2021 · Dikemas kini Februari 17, 2021 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Perak, Putrajaya dan Johor kini telah melantik Kelab Sukan Elektronik Generasi Bijak untuk menguruskan program Generasi E-Sukan Sekolah (GES2021).

Program yang menerima tajaan dari realme Malaysia serta sokongan penuh dari Kesatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan Kementerian Belia & Sukan ini bakal melibatkan penyertaan dari 4 buah negeri dan lebih 30 ribu murid.

Sebagai tambahan, program ini akan diadakan selama 6 bulan bermula pada 6 Mac hingga Ogos 2021. Bertemakan ‘Pendidikan dalam Permainan’, setiap permainan akan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku dan lagu dari negeri yang terlibat untuk memberi suntikan patriotik kepada penonton, ibu bapa, guru serta khususnya peserta.

Generasi E-Sukan Sekolah

Untuk pendaftaran GES2021, ianya telah pun dibuka bermula 6 Februari sehingga 28 Februari 2021. Setiap kumpulan yang ingin mendaftar wajib diuruskan oleh pengurus yang terdiri dari ibu bapa atau guru. Semua peserta juga akan menerima e-sijil peringkat negeri.

Sementara itu, sebanyak 256 kumpulan dari kategori rendah dan menengah bagi setiap negeri akan bertanding, di mana setiap pemenang yang terpilih akan bertanding dengan pemenang- pemenang dari negeri lain.

Untuk lebih lanjut atau sebarang pertanyaan berhubung GES2021, layari www.genbijak.my.

Sumber: Siaran Akhbar Kelab Sukan Elektronik Generasi Bijak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY