Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APple Google_

Apple, Google Sahkan Terima Permintaan Melibatkan Data Notifikasi Telefon Pengguna

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam kebimbangan privasi baharu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat mendakwa Apple dan Google telah dipaksa oleh kerajaan luar untuk memberikan data paparan notifikasi pada peranti pengguna.

Berkaitan

  • Terpaksa Benarkan 'Sideloading' iPhone, Apple Kata Ini Salah Faham Mengenainya
  • Selepas Letak Jawatan, Kebanyakkan Pekerja Apple Pergi Ke Google - Kajian

Menerusi surat yang diterbitkan pada Rabu, Senator AS Ron Wyden telah menggesa Jabatan Kehakiman untuk membenarkan Apple dan Google memberitahu pengguna dan orang awam mengenai permintaan agensi kerajaan luar mendapatkan rekod paparan notifikasi.

Surat senator itu tidak menyatakan kerajaan mana yang telah mendapatkan data notifikasi daripada Apple dan Google, tetapi menunjukkan bahawa mereka adalah entiti asing.

Dalam kenyataan, Apple mengesahkan ia menerima permintaan sedemikian daripada kerajaan luar. Jelas Apple,

In this case, the federal government prohibited us from sharing any information. Now that this method has become public, we are updating our transparency reporting to detail these kinds of requests.

Sementara itu, Google berkata ia telah pun menerbitkan laporan ketelusan yang berkongsi bilangan dan jenis permintaan kerajaan untuk data pengguna yang diterima oleh syarikat itu, termasuk permintaan yang dirujuk oleh Senator Wyden.

Untuk rekod, Apple dan Google mempunyai sistem paparan notifikasi mereka sendiri yang menyediakan makluman segera untuk segala-galanya, sama ada dari mesej teks biasa kepada transaksi bank dan sebagainya.

Kedua-duanya menghantar berbilion notifikasi kepada pengguna setiap bulan, dan sistem tersebut digunakan oleh berjuta-juta pembangun pihak ketiga.

Data notifikasi –  jika diperolehi oleh kerajaan, ia boleh mendedahkan tabiat, komunikasi dan lokasi pengguna. Ia mungkin sebahagian daripada maklumat peribadi yang dihantar ke telefon pintar, tablet atau komputer seseorang.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY