Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (91)

AMD Perkenal Cip HEDT Dengan 64 Teras, AMD Ryzen Threadripper 3990X

Diterbitkan Januari 7, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam acara CES 2020 yang berlangsung di Las Vegas, AMD telah mengumumkan bakal mengeluarkan Cip HEDT (high-end desktop) Threadripper 3990X yang pertama di dunia dengan 64 teras pengkomputeran.

Ia bukanlah Threadripper yang biasa, dan direka untuk high-end desktop dan tugasan kreatif. Antara ciri lain termasuk 128 bebenang kuasa, 2.9GHz dengan peningkatan sehingga 4.3GHz, dan jumlah cache 288 MB. Teras dan bebenang kuasa adalah dua kali ganda dari model sebelumnya, 2990WX.

AMD Ryzen Threadripper 3990X

AMD telah bekerjasama dengan RED, pembuat kamera high-end, untuk menguji Threadripper 3990X. Mereka sebelum ini juga telah mendedahkan sasaran cip ini adalah kepada “Hollywood Creators”, jadi kemungkinan kumpulan profesional kesan visual akan menggunakan cip baru ini di masa hadapan.

Purpose built to enable extreme performance for 3D and visual effects professionals, meet the world’s first 64-core desktop processor, the AMD Ryzen Threadripper 3990X — available February 7, 2020! https://t.co/8A27H1Mo7e pic.twitter.com/G4XFaiaxMj

— AMD Ryzen (@AMDRyzen) January 6, 2020

Walaupun fokus kepada Hollywood, AMD juga telah meningkatkan jumlah teras dalam semua CPU pengkomputeran. Anda boleh memilih cip 16 teras Ryzen 9 untuk PC desktop mainstream yang sedia ada.

Pada masa ini, Threadripper 64 teras ini tidak akan dimasukkan ke dalam PC desktop mainstream atau rig permainan. Tetapi, ia membuka pintu kepada syarikat yang mahu menggunakan cip ini.

Threadripper 3990X akan mula dijual pada 7 Februari, dengan harga $3990 (~RM 16,300).

Sumber:  The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY