Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alibaba Dan JD.com Dilapor Bakal Bersaing Untuk Mengambil Alih 11Street Malaysia

Alibaba Dan JD.com Dilapor Bakal Bersaing Untuk Mengambil Alih 11Street Malaysia

Diterbitkan Oktober 4, 2017 · Dikemas kini Oktober 4, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dilaporkan dua syarikat gergasi China bakal bersaing dalam melebarkan sayap mereka ke pasaran e-dagang tempatan. Hal ini merujuk kepada berita Alibaba Group dan juga JD.com yang dikatakan sedang dalam peringkat perbincangan untuk mengambil alih 11Street, laman e-dagang kedua terbesar di Malaysia selepas Lazada.com.

11Street merupakan platform beli belah atas talian hasil kerjasama syarikat dari Korea Selatan, SK Planet dan syarikat tempatan, Celcom Axiata Berhad.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan SK Planet mungkin mahu meninggalkan pasaran Malaysia tetapi selepas itu 11Street mengeluarkan kenyataan yang mereka tetap komited dengan pasaran tempatan.

JD.com merupakan antara e-dagang terbesar di China dan sekiranya mereka benar-benar mengambil alih 11Street, ia merupakan satu langkah meluaskan lagi pasaran mereka Asia Tenggara. Sementara itu, jika Alibaba yang berjaya dalam persaingan ini, mereka dilihat berjaya mengukuhkan lagi kedudukan selepas memiliki pegangan sebanyak 83% dalam Lazada Malaysia.

Sumber: Deal Street Asia via Lowyat.net

Sumber foto: 11street LinkedIn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
©2026 WISER.MY