Google akhirnya menawarkan alat tera air AI mereka, SynthID Text untuk semua di mana sebelum ini ia hanya tersedia untuk pengguna terhad.
Google menjelaskan bahawa inisiatif ini akan membantu perniagaan dan organisasi mengenal pasti kandungan yang dijana AI.
SynthID berfungsi dengan menambah tera air yang tidak kelihatan terus ke dalam teks apabila kandungan itu dikesan dijana oleh model AI.
Alat ini juga berfungsi walaupun pada mana-mana teks yang dijana AI telah diubah suai atau diparafrasakan.
Sebagai contoh, anda mendapat kandungan yang memaparkan video palsu mendalam bintang kegemaran anda yang mempromosikan sebarang produk.
Kadangkala, video sedemikian digunakan untuk aktiviti penipuan seperti pengubahan wang haram, pancingan data e-mel dan banyak lagi.
Jadi, untuk mengelakkan ini, SynthID Text akan menunjukkan kepada anda bahawa video itu dikuasakan AI.
SynthID Text juga boleh diguna pada teks, tetapi terdapat beberapa limitasi.
Sebagai contoh, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dengan teks pendek. Selain itu, jika mana-mana teks yang dijana AI ditulis dengan menterjemah bahasa lain, maka ia tidak dapat mengenal pasti teks tersebut.
“SynthID Text tidak dibina untuk secara langsung menghentikan penipuan yang menyebabkan kemudaratan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyukarkan penggunaan kandungan yang dijana AI untuk tujuan berniat jahat, dan ia boleh digabungkan dengan pendekatan lain untuk memberikan liputan yang lebih baik merentas jenis kandungan dan platform.” Hugging Face.
Google mengatakan bahawa SynthID Text telah disepadukan dengan model Gemini dan sudah tersedia secara percuma untuk semua mencubanya.
{suggest}
Sumber: Google DeepMind