Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
platform Meta_1

Akses WhatsApp, Instagram Dihadkan, Facebook Dan TikTok Langsung Disekat Lebih Dua Minggu Di Equatorial Guinea

Diterbitkan September 17, 2026 ยท Dikemas kini September 17, 2026 oleh ariff bukhari

Facebook dan TikTok tidak dapat diakses selama lebih dua minggu di Equatorial Guinea, kata seorang wartawan AFP pada Rabu, selepas satu video yang menuduh naib presiden melakukan amalan rasuah menjadi tular.

Negara Afrika Tengah yang diperintah secara autoritarian oleh Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo sejak 1979 itu kerap dituduh menindas kebebasan awam.

Kelajuan internet telah dihadkan sejak 2 September lalu manakala akses kepada Facebook dan TikTok, platform dalam talian paling popular di negara itu, langsung tidak dapat dibuka oleh sesiapa sahaja yang tidak menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN).

Platform Meta yang lain seperti WhatsApp dan Instagram turut dihadkan, namun masih boleh digunakan.

Sekatan jelas terhadap Facebook dan TikTok itu berlaku selepas seorang wanita muda menuduh anak sulung presiden merangkap Naib Presiden, Teodoro Nguema Obiang, terlibat dalam amalan rasuah menerusi satu video dalam talian.

Gadis berkenaan kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Naib presiden yang diberi julukan “Teodorin” itu semmemangnya terkenal dengan gaya hidup mewah yang sering dimuat naik di rangkaian media sosial.

Beliau pernah disabitkan kesalahan di Perancis pada 2021 dalam perbicaraan berkaitan “harta yang diperoleh secara haram”, selain asetnya dibekukan di United Kingdom susulan siasatan terhadap tindakan rasuah.

Tiada maklum balas serta-merta daripada kementerian maklumat apabila dihubungi oleh pihak AFP.

Di Gabon yang bersempadan dengan Guinea Khatulistiwa, rangkaian media sosial telah digantung sejak Februari lalu, secara rasminya bagi menentang penyebaran “kandungan… yang menjejaskan… kestabilan institusi republik dan keselamatan negara”.

– AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Meta Uji Ciri Baharu Semakan Fakta, Ikut Guna Sistem Platform X Elon Musk
  • Penjual Di China Didakwa Beli Pukal GPU RTX 5090 Kemudian Jual Sebagai Workstation AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY