Setelah sekian lama dinantikan, kita akhirnya dapat melihat telefon yang dikuasakan cip andalan MediaTek Dimensity 9000 kerana peranti OPPO Find X5 Pro merupakan yang pertama menggunakannya.
Melaluinya, maka lengkaplah barisan telefon pintar yang hadir dengan cip andalan 4nm. Mudah kita untuk ketahui siapa lebih berkuasa. Ini kerana terdahulu laporan Geekbench 5 memaparkan hasil bahawa Dimensity 9000 mempunyai prestasi menakjubkan.
Bagaimanapun, OPPO Find X5 Pro yang dijana cip MediaTek itu akan kehilangan pemproses NPU MariSilicon X. Pemproses yang dikhususkan untuk fotografi ini hanya boleh digandingkan untuk cip Snapdragon 8 Gen 1 sahaja.
Buat pengetahuan, Snapdragon 8 Gen 1 ini akan menguasakan peranti Find X5 standard. Dengan ini, kedua-dua telefon OPPO itu berada dalam kelas andalan.
Dalam pada itu, OPPO turut akan memperkenalkan peranti lain semasa acara tersebut seperti jam tangan OPPO Watch 2 dan TWS OPPO Enco X2.
Sumber: OPPO Weibo
Baca juga:
BlackBerry Secara Rasmi 'Mati' Dan Tak Akan Ada Di Pasaran Lagi
Ini Yang Baharu Dalam Windows 11 Binaan 22557 - 'Drag And Drop', Ikon Folder Baharu Antaranya
Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Digelar 'Raja Kelas Pertengahan'
Berkaitan
- Pra-Tempahan Awal Siri OPPO Reno6 Bermula Hari Ini
- Prestasi Bateri Teruk? OPPO Bagi Jaminan Tukar Bateri Percuma Selama 4 Tahun
- OPPO Watch Dan OPPO Find X2 PRO Green Vegan Leather Akan Hadir Pada 25 September
- OPPO Find X5 Pro, Modul Kamera Makin Unik Tapi Tak Cukup Kamera
- Prestasi Mirip SD 888? MediaTek Lancar Cip 5nm, Dimensity 8100 Dan 8000
- Mungkin Ini Spesifikasi Telefon Boleh Lipat OPPO, Pesaing Galaxy Z Fold3
- OPPO Reno5 Pro+ 5G Akan Guna Sensor Kamera Sony IMX766, Bakal Lancar 24 Disember
- OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya
- (Ulasan) OPPO Find N3 Flip - OPPO Memang Serius Nak Lawan Samsung
- OPPO Band Dilancarkan, Berharga Hanya RM159