Kalau anda tertanya-tanya apa itu NPU, ia merupakan singkatan kepada neural processing unit yang tugasnya tertumpu untuk pemprosesan imej dari kamera.
Dengan ini, CPU akan kurang terbeban dan pada masa sama gambar dan video juga dapat diproses dengan lebih baik dengan hasil yang bagus.
Dengan binaan 6nm TSMA, algoritma AI NR dan HDR yang ada padanya juga akan menghasilkan warna yang terang dalam apa-apa situasi termasuklah di bawah pencahayaan yang rendah.
Dilengkapkan dengan Domain Specific Architecture (DSA), prestasinya juga ditingkatkan sebanyak 20 kali ganda, dynamic range 4 kali ganda lebih bagus dan kecekapan kuasa dipertingkat 2 kali ganda.
Dengan pelbagai laman sosial dan aplikasi penyuntingan sekarang, MariSilicon X ini bukan sahaja memanfaatkan kamera telefon tapi juga akan memperkasa kemampuan pengimejan pada aplikasi pihak ketiga.
Buat pertama kalinya bagi telefon Android, MariSilicon X membenarkan telefon merakam video 4K bersama live preview dengan ciri 4K AI Night Video kerana ia memproses RAW dalam masa-nyata.
NPU yang begitu cekap dalam penggunaan kuasa ini juga bolehmencapai sehingga 18 TOPS (trillion operations per second), lebih tinggi daripada cip A15 dalam iPhone 13 Pro. Dalam pada sama, ia hanya mengambil kuasa 11.6 TOPS per watt untuk mencapai penambahbaikan yang 20 kali ganda baik dalam pemprosesan AI 4K.
Menariknya, MariSilicon X ini juga berupaya memproses RAW dalam masa nyata pada tahap pixel.
Bukan itu sahaja, lebar jalur DDR pada cip ini juga berupaya untuk memindahkan data dengan kelajuan tinggi iaitu sehingga 8.5GB/s.
Selain itu, cip binaan 6nm ini juga membolehkan pengguna merakam video Ultra HDR dengan 20 bit warna, 120db dynamic range dengan tahap kontras 1,000,000:1.
Sumber: Siaran Akhbar OPPO
Baca juga:
- Reaksi Awal OPPO Reno7 Dan Reno7 Pro - Menawan Dan Tertawan
- OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari
- O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol
Berkaitan
- Siri OPPO Reno7 Dah Rasmi, Ada 3 Model Untuk Dipilih
- OPPO Pad Air, Enco Air2 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia
- OPPO Enco Air2 Pro Turut Dilancar, Sokong OPPO Flash Charging
- OPPO Find X5 Pro Dilengkapi Teknologi Tambah Baik Pengalaman 4G Dan 5G
- OPPO Find X6 Pro Dilapor Mempunyai Kecerahan Skrin Sehingga 2500 Nit
- OPPO A78 5G Didagangkan Di Malaysia Pada Harga RM1,099
- Lepas OnePlus, OPPO Pula Akan Dapat Hasselblad
- OPPO Reno8 T 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,799, Versi 4G Pula RM1,399
- OPPO Akan Lancarkan Dua Peranti Saingi Galaxy Fold Dan Flip
- OPPO Antara Jenama Yang Diminati Semasa Jualan 11.11