Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo poster

Jam Pintar, TWS Dan Tablet OPPO Bakal Dilancarkan Bersama Find X5 Pro

Diterbitkan Februari 18, 2022 oleh Faiz Munir

Seperti yang kami khabarkan semalam, siri OPPO Find X5 Pro secara rasminya akan dilancarkan pada 24 Februari 2022. Dalam mempersiapkan diri untuk melancarkan peranti andalan mereka ini, OPPO ada mengacah satu lagi poster yang menunjukkan beberapa peranti lain yang akan dilancarkan bersama-sama Find X5 Pro.

Poster ini dikongsikan di laman Weibo OPPO. Dalam poster ini, kita diperlihatkan dengan beberapa peranti seperti jam pintar, TWS, tablet dan semestinya Find X5 Pro.

Jam Pintar, TWS Dan Tablet OPPO Bakal Dilancarkan Bersama Find X5 Pro

Sejak bulan November yang lalu, terdapat ura-ura yang mengatakan OPPO bakal menghasilkan tablet dan poster ini mengakui kewujudan tablet tersebut.

TWS ini pula berkemungkinan ia adalah Enco X2 seperti yang tertiris dari bulan Januari. Berkenaan jam pintar pula, tidak banyak yang kita dengar berkenaannya. Namun ia berkemungkinan besar merupakan pengganti kepada OPPO Watch 2 yang dilancarkan tahun lepas.

Walaupun hari pelancaran sudah semakin hampir, kita menjangkakan bahawa OPPO akan memberitahu lebih lanjut mengenai 3 produk ini. Apa-apa pun kita nantikan saja pelancarannya nanti.

Sumber: Weibo OPPO

Baca juga:

  • OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari
  • OPPO Pun Ada NPU Sendiri, MariSilicon X Yang Mampu Proses RAW ‘Real-Time’
  • Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY