Telefon kelas pertengahan merupakan antara kategori yang menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia. Disebabkan itu, banyak telefon kelas pertengahan yang dibawa masuk untuk memberikan pilhan kepada pengguna untuk memilih peranti mana yang paling sesuai dengan bajet mereka.
Xiaomi baru-baru ini melancarkan siri telefon kelas pertengahan mereka iaitu Redmi Note 11. Bukan itu sahaja, siri ini juga digelar sebagai ‘raja kelas pertengahan’ . Kalau anda hendak tahu mengapa ia digelar sebagai ‘raja’, teruskan membaca.
Prestasi Kamera Setanding Andalan
Kamera menjadi salah satu faktor untuk membeli sesebuah telefon pintar. Disebabkan itu, kita dapat lihat banyak telefon kelas pertengahan dan andalan menjadikan kamera sebagai tarikan utama peranti ini.
Justeru, Redmi Note 11S, 11 Pro dan 11 Pro 5G menggunakan sensor kamera yang lebih besar iaitu 108MP seterusnya menjadikan prestasi kamera telefon ini terbaik dalam kelasnya. Dengan menggunakan sensor lebih besar, gambar yang dihasilkan lebih tajam dengan butiran yang tinggi, malah warna juga lebih tepat.
Walaupun dalam pencahayaan gelap, ia tidak menjadi penghalang untuk peranti ini terus memberikan hasil gambar yang mengagumkan. Tidak cukup dengan itu, Redmi Note 11S, 11 Pro dan 11 Pro 5G ini juga menggunakan kamera swafoto 16MP. Kini anda boleh berswafoto dengan lebih yakin dengan hasil gambar yang lebih jelas dan semulajadi.
Untuk Redmi Note 11 pula, ia menggunakan sensor kamera utama 50MP. Gambar yang dihasilkan juga masih menarik untuk keperluan pengguna biasa sesuai dengan harganya.
Rekaan & Saiz Selesa Dipegang
Bukan sahaja kamera, skrinnya juga membuatkan siri peranti ini digelar ‘raja’. Dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar input sentuh 360Hz, animasi pada skrin lebih lancar dan sentuhan pada skrin juga lebih tepat.
Peranti ini juga lebih menawan dengan rekaan petak dan selesa dipegang dengan saiz skrin 6.67 inci dan 6.43 inci. Warna paparan lebih terang, tepat, dan jelas walaupun berada bawah cahaya matahari.
Teknologi Cip Kelas Premium
Bagi memberikan pengalaman guna yang lebih lancar, cip yang digunakan sangat memainkan peranan yang penting.
Cip Snapdragon 695 5G yang menggunakan proses 6nm membuatkan prestasi Redmi Note 11 Pro 5G ini menjangkaui peranti lain dalam kelasnya. Begitu juga dengan Redmi Note 11 Pro dan 11S yang menggunakan cip MediaTek Helio G96 dan Redmi Note 11 dengan Snapdragon 680.
Bateri Besar, Cas laju
Peranti yang bagus adalah peranti yang dapat bertahan lama. Jika kita lihat, hampir kesemua telefon pintar menawarkan kapasiti besar serta pengecasan pantas.
Dengan bateri berkapasiti 5000mAh, anda tidak perlu risau untuk menggunakan siri Redmi Note 11 ini seharian. Tambah pula dengan pengecasan turbo 67W yang terdapat pada Redmi Note 11 Pro 5G dan 11 Pro, ia mampu mengecas 50% dalam masa 15 minit sahaja.
Untuk Redmi 11S dan 11 pula, ia menyokong pengecasan pantas 33W yang mampu mengecas penuh dalam masa lebih kurang 1 jam.
Harga Mampu Milik Spesifikasi Tinggi
Untuk semua spesifikasi yang ditawarkan, harga siri Redmi Note 11 ini masih mesra poket bermula dengan tanda harga RM799 untuk varian paling rendah dan RM1,299 untuk varian yang paling tinggi.
Jika berminat akan boleh klik pautan ini untuk beli:
- Redmi Note 11 -RM799
- Redmi Note 11S -RM999
- Redmi Note 11 Pro -RM1,099
- Redmi Note 11 Pro 5G -RM1,299
Kejutan buat anda, Xiaomi juga ada menyediakan hadiah premium bernilai RM457 seperti baucer tunai AIoT (RM100), Redmi Buds 3 Lite (RM99), Mi Composition Scale 2 (RM119), beg kanvas berjenama + selimut bantal lembut (RM139).
Macam mana nak menang? Anda hanya perlu menjadi pelanggan terawal dengan membeli mana-mana model siri Redmi Note 11 sepanjang hari jualan Roadshow yang akan diadakan di 3 tempat iaitu di Sunway Pyramid (Selangor), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan AEON Bandar Tebrau (Johor). Jadi jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang hadiah menarik ini.
*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia