Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Akhirnya, Telefon Pintar Pertama Guna Dimensity 9000 Akan Dilancar Minggu Ini

Posted on Februari 21, 2022Februari 22, 2022

OPPO sedia menjadualkan acara pada 24 Februari ini di mana sejumlah produk bakal dilancarkan. Antara yang menarik semestinya siri OPPO Find X5.

Setelah sekian lama dinantikan, kita akhirnya dapat melihat telefon yang dikuasakan cip andalan MediaTek Dimensity 9000 kerana peranti OPPO Find X5 Pro merupakan yang pertama menggunakannya.

Melaluinya, maka lengkaplah barisan telefon pintar yang hadir dengan cip andalan 4nm. Mudah kita untuk ketahui siapa lebih berkuasa. Ini kerana terdahulu laporan Geekbench 5 memaparkan hasil bahawa Dimensity 9000 mempunyai prestasi menakjubkan.

Bagaimanapun, OPPO Find X5 Pro yang dijana cip MediaTek itu akan kehilangan pemproses NPU MariSilicon X. Pemproses yang dikhususkan untuk fotografi ini hanya boleh digandingkan untuk cip Snapdragon 8 Gen 1 sahaja.

Buat pengetahuan, Snapdragon 8 Gen 1 ini akan menguasakan peranti Find X5 standard. Dengan ini, kedua-dua telefon OPPO itu berada dalam kelas andalan.

Dalam pada itu, OPPO turut akan memperkenalkan peranti lain semasa acara tersebut seperti jam tangan OPPO Watch 2 dan TWS OPPO Enco X2.

Sumber: OPPO Weibo

Baca juga:

  • BlackBerry Secara Rasmi ‘Mati’ Dan Tak Akan Ada Di Pasaran Lagi

  • Ini Yang Baharu Dalam Windows 11 Binaan 22557 – ‘Drag And Drop’, Ikon Folder Baharu Antaranya

  • Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Digelar ‘Raja Kelas Pertengahan’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress