Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Admin’ Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp Tidak Lama Lagi

‘Admin’ Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa bulan lalu, WhatsApp telah menambah had ahli dalam grup kepada 512 orang berbanding sebelumnya dengan 256 orang ahli. Dengan jumlah sebegitu besar, ia mungkin sukar untuk mengawal segala tindak-tanduk perbualan setiap ahli.

Terbaru, WhatsApp dilapor bakal hadir dengan ciri yang membolehkan ‘admin’ grup mempunyai kuasa memadam mana-mana perbualan untuk semua.

Admin padam chat WhatsApp

Dengan ciri seperti ini, ia akan memudahkan pengurusan grup WhatsApp serta dapat mengawal perbualan ahli dengan lebih baik.

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam fasa ujian dan tersedia pada WhatsApp beta untuk Android. Bagi mengetahui jika ciri itu sudah tersedia atau sebaliknya, pentadbir kumpulan akan melihat pilihan “padam untuk semua” untuk semua perbualan ahli pada grup berkenaan. Bagi ahli pula, mereka akan melihat paparan nama ‘admin’ yang memadam perbualan tersebut.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY