Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (53)

AirAsia Tawar Penerbangan Tanpa Had Pada Harga RM499 Selama Setahun

Diterbitkan Mac 1, 2020 · Dikemas kini Mac 1, 2020 oleh Meor Hasyim

AirAsia baru sahaja mengumumkan penawaran pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk ahli BIG AirAsia untuk seluruh Malaysia.

Untuk mendapatkan pas itu, pengguna perlu boleh mendapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia. Ia walau bagaimanapun hanya boleh dibeli dalam 7 hari sahaja bermula 29 Februari sehingga 7 Mac 2020 nanti.

Untuk lokasi pula, AirAsia hanya menawarkan penerbangan tanpa had AirAsia X kod XJ dan D7 ke Australia, Jepun, Korea, China, dan India. Jika anda membeli pas ini, anda boleh melakukan penerbangan antara dari 2 Mac 2020 ini sehingga 2 Mac 2021 kelak.

Peringatan penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat mengenai tawaran AirAsia ini, anda boleh layari laman rasmi mereka di pautan ini.

Secara keseluruhan, jika anda kerap bercuti ataupun pergi ke lokasi penerbangan, tawaran ini dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki. Namun perlu diingatkan juga tentang wabak Covid-19 yang belum reda lagi lagi-lagi di negara berkenaan. Sebagai langkah pencegahan, adalah tidak digalakkan untuk terbang ke destinasi tersebut sehinggalah status wabak ini beransur pulih menjadi normal.

Sumber: AirAsia
Terma dan Syarat Penerbangan: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY