Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Air Sungai Pun Jadi Suam, Paksa Loji Nuklear Tertua Di Eropah Ditutup

Air Sungai Pun Jadi Suam, Paksa Loji Nuklear Tertua Di Eropah Ditutup

Diterbitkan Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

Reaktor di loji nuklear tertua di Eropah telah ditutup pada Jumaat, menurut pengendalinya dari Switzerland, selepas gelombang haba yang membahang di Eropah menyebabkan suhu air sungai yang digunakan untuk sistem penyejukan meningkat mendadak.

“Suhu Sungai Aare mencecah 25°C sekali lagi semalam dan hari ini. Tiada tanda-tanda suhu penyejukan yang mencukupi akan berlaku dalam masa terdekat,” kata syarikat tenaga Axpo menerusi laman webnya.

Rantaian daripada kesan itu, loji nuklear Beznau di utara Switzerland, berhampiran sempadan Jerman, “telah menutup kedua-dua reaktornya buat sementara waktu”, katanya.

Axpo menyatakan bahawa pihaknya “terus memantau suhu Sungai Aare”.

“Sebaik sahaja sungai itu kembali sejuk atau ramalan menunjukkan suhu penyejukan yang mencukupi, (Beznau) boleh merancang untuk menghidupkan semula reaktornya,”

kata syarikat itu sambil menambah bahawa proses menghidupkan semula itu hanya akan dilakukan selepas mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Air Sungai Pun Jadi Suam, Paksa Loji Nuklear Tertua Di Eropah Ditutup
Beznau 1 ialah reaktor kuasa nuklear komersial pertama di Switzerland.

Pengumuman itu dibuat ketika gelombang haba yang membawa maut menyelubungi 150 juta penduduk di seluruh barat Eropah dengan suhu melebihi 35°C.

Pada Jumaat, Switzerland memecahkan rekod haba bagi bulan Jun untuk hari kedua berturut-turut, dengan suhu mencatatkan 38.8°C di Basel, tidak jauh dari Beznau.

Ini berlaku sehari selepas suhu 38°C dicatatkan di stesen yang sama, sekali gus meleburkan rekod lama yang telah bertahan selama hampir 80 tahun.

Pembekal tenaga utama Perancis juga telah menutup dua reaktor nuklearnya pada Khamis sebagai langkah perlindungan alam sekitar, bagi mengelakkan pelepasan air panas yang berlebihan ke dalam sungai yang sedia panas.

Air Sungai Pun Jadi Suam, Paksa Loji Nuklear Tertua Di Eropah Ditutup
Reaktor nuklear tertua di Eropah yang berfungsi, di loji Beznau, Switzerland, kini sudah berusia lebih 50 tahun. Hayatnya yang dianggap sangat panjang oleh aktivis alam sekitar telah menuntut agar ia ditutup serta-merta pada 2019 dahulu. Operasi komersial bermula di loji di utara kanton Aargau, berhampiran sempadan Jerman, pada 9 Disember 1969 — ketika The Beatles masih bersama dan seorang lelaki baru sahaja berjalan di Bulan. (Foto oleh Fabrice COFFRINI / AFP)

Tenaga nuklear menyumbang kepada lebih sedikit satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran elektrik di Switzerland.

Negara tersebut mempunyai empat reaktor nuklear yang sudah berusia, termasuk dua reaktor yang terletak di Beznau.

Reaktor 1 mula beroperasi pada tahun 1969, manakah Reaktor 2 pada tahun 1971, menjadikannya salah satu loji nuklear tertua yang masih berfungsi di dunia. – AFP

Berkaitan

  • MyNUCLEAR Dilancar, Mudahkan Pesakit Akses Rawatan Berkaitan Perubatan Nuklear
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 20 Negara Yang Membina Kuasa Nuklear Terbanyak Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY