Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
loji nuklear

20 Negara Yang Membina Kuasa Nuklear Terbanyak Di Dunia

Diterbitkan April 14, 2026 · Dikemas kini April 14, 2026 oleh ariff bukhari

Dunia sedang bergerak ke arah tenaga rendah karbon yang lebih stabil, dengan China sebagai peneraju baharu dan negara membangun yang lain juga sudah mula menyertai perlumbaan nuklear global.

Berdasarkan data dari Visual Capitalist, China muncul sebagai kuasa besar nuklear dunia dengan rancangan kapasiti hampir 186 GW, sekali gus mengatasi Amerika Syarikat yang kini memimpin dengan 102.5 GW tetapi dijangka hanya mencapai 118 GW pada masa depan.

Perancis pula kekal sebagai negara dengan pergantungan tertinggi terhadap tenaga nuklear, menghasilkan hampir 69% elektriknya daripada sumber ini, dengan kapasiti masa depan sekitar 75.6 GW.

India juga turut mempercepatkan pembangunan, daripada 8.2 GW kepada hampir 40 GW, manakala negara baharu seperti Uganda, Poland dan Türkiye mula merancang projek besar walaupun kini sifar kapasiti.

Sementara Uganda menyasarkan 18 GW, Poland 15.6 GW, dan Turki 14.7 GW.

20 Negara Yang Membina Kuasa Nuklear Terbanyak Di Dunia

Trend teknologi menunjukkan tumpuan pada reaktor modular kecil (SMR) yang lebih selamat, murah dan cepat dibina. Walaupun nuklear fusion masih jauh daripada komersialisasi, pelaburan semakin meningkat.

Dari sudut geopolitik, lonjakan tenaga nuklear ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import bahan api fosil, meningkatkan keselamatan tenaga, dan menstabilkan grid elektrik.

Itulah sebabnya Malaysia juga tidak terkecuali ke arah memanfaatkan tenaga nuklear di mana Kerajaan sedang mempertimbangkannya sebagai sebahagian daripada campuran tenaga negara.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kerajaan Sedang Pertimbang Nuklear Sebagai Sumber Tenaga
  • Pusat Data Tidak Relevan, Bakal Diganti Green AI - Premier Sarawak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY