Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asia Peneraju Global Dalam Mengintegrasi AI Disebabkan Tiga Faktor Ini

AI Jadikan Manusia Semakin Lemah Berfikir – Microsoft

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Kemunculan pesat kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan manusia untuk pelbagai tujuan bagi memudah dan mempercepatkan hampir segenap urusan seharian.

Walau bagaimanapun, kajian terbaru yang dibuat oleh enam penyelidik Microsoft dan seorang penyelidik dari Universiti Carnegie Mellon, AS mendedahkan, walaupun  AI boleh meningkatkan kecekapan pekerja, ia juga boleh mengurangkan keupayaan berfikir secara kritikal—tetapi hanya jika pengguna terlalu bergantung padanya.

Kajian ini melibatkan 319 pekerja maklumat yang merekodkan interaksi mereka dengan AI generatif.

Hasilnya menunjukkan bahawa semakin tinggi kepercayaan seseorang terhadap AI, semakin kurang mereka berfikir secara kritikal.

Dalam hasil kajian bertajuk “The Impact of Generative AI on Critical Thinking: Self-Reported Reductions in Cognitive Effort and Confidence Effects From a Survey of Knowledge Workers” mendedahkan,  mereka cenderung menerima hasil AI tanpa menilai ketepatan atau kualitinya, akan membawa kepada kemerosotan keupayaan menyelesaikan masalah secara bebas.

Laporan dalam dapatan kajian itu menyimpulkan, penggunaan alat AI generatif mengalihkan usaha pemikiran kritikal daripada pengumpulan maklumat kepada pengesahan maklumat, daripada penyelesaian masalah kepada penyepaduan respons AI, dan daripada pelaksanaan tugas kepada pengawasan tugas.

Pekerja maklumat menghadapi cabaran baharu dalam pemikiran kritikal apabila menggabungkan AI ke dalam aliran kerja mereka.

Oleh itu, kajian itu mencadangkan alat AI generatif perlu direka untuk menyokong pemikiran kritikal dengan meningkatkan kesedaran, motivasi, dan keupayaan pekerja.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Apa Itu Claude 3.7 Sonnet? Model AI Hibrid Dengan Kemampuan Pemikiran Lanjutan
  • Pembantu Maya Amazon Kini Dikuasakan AI, Dikenali Alexa+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
©2026 WISER.MY