Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Agentic OS Dilancar Untuk Perniagaan Di Malaysia

Agentic OS Dilancar Untuk Perniagaan Di Malaysia

Diterbitkan September 25, 2026 · Dikemas kini September 25, 2026 oleh ariff bukhari

Rework.com, syarikat teknologi global dengan lebih 1 juta pengguna dan 12,000 syarikat di seluruh dunia  telah memeperkenalkan platform operasi Perniagaan baharu, Agentic Operating System (Agentic OS)  untuk perniagaan di Malaysia.

Agentic OS direka untuk membantu syarikat beralih daripada sistem tradisional kepada operasi berasaskan AI yang saling berhubung.

Dengan platform ini, ia menggabungkan tenaga kerja manusia dan ejen AI bagi meningkatkan kecekapan organisasi serta memperkukuh daya saing perniagaan.

Ia membolehkan manusia dan ejen AI bekerjasama dalam tugasan strategik, mempercepat proses kerja, dan mengoptimumkan penggunaan data organisasi.

Menurut Eric Pham, Pengasas & CEO Rework.com, kadar penggunaan AI di Malaysia masih rendah di mana 67% syarikat masih bergantung kepada aplikasi asas seperti chatbot, dan 19% mempunyai strategi rasmi.

Jadi, dengan hadirnya Agentic OS ini, ia “bakal merapatkan jurang tersebut, membantu perniagaan beralih daripada individu berkuasa AI yang terpisah-pisah kepada sebuah perniagaan berajen yang sebenar”.

Agentic OS for Business daripada Rework kini boleh didapati di Malaysia.

Perniagaan yang berminat boleh menempah sesi demonstrasi dan meneroka pilihan integrasi AI mereka dengan melayari: https://new.rework.com/. 

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Qualcomm Memperkenalkan 2 Cip Mudah Alih Terpantas Di Dunia
  • HONOR X9e Pro Dengan RAM 24GB Dan Bateri 11,000mAh Dilancar Pada Harga RM1,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY