Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
assets_2026_09_1789753236_Snapdragon 8 Elite Extreme and 8 Elite Gen 6 Key Visual 1 Embargo Sep 22 10am HT 1pm PT

Qualcomm Memperkenalkan 2 Cip Mudah Alih Terpantas Di Dunia

Diterbitkan September 23, 2026 ยท Dikemas kini September 23, 2026 oleh ariff bukhari

Qualcomm melancarkan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6, dua cip pemproses mudah alih terpantas di dunia yang direka untuk era Agentic AI.

Kedua-dua platform ini bukan sekadar meningkatkan prestasi, tetapi turut memperkenalkan tahap kecerdasan baharu dalam telefon pintar premium.

Dengan keupayaan AI terbina dalam, cip ini menjanjikan pengalaman lebih lancar dalam fotografi, permainan dan sambungan rangkaian, membolehkan pengguna menikmati prestasi maksimum tanpa kompromi.

Modern building with neon lights at night
Dibina menerusi nod 2nm bersama CPU Oryon, GPU Adreno, dan NPU Hexagon, Snapdragon 8 Elite Gen 6 membawakan inovasi AI, permainan, fotografi, dan ketersambungan termaju kepada pelbagai model telefon pintar sepertimana yang terdapat pada Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 untuk rangkaian telefon pintar kelas atasan.

Qualcomm menekankan bahawa inovasi ini akan menjadi asas kepada generasi baharu telefon pintar yang mampu berfikir dan bertindak secara lebih pintar.

Peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 akan membuat kemunculan sulung dalam telefon pintar kelas perdana daripada OEM global dan jenama telefon pintar terkemuka.

Antara jenama yang bakal menggunakan cip ini untuk produk mereka termasuklah Honor, iQOO, Motorola, Nubia, OnePlus, OPPO, REDMI, RedMagic, Samsung, vivo, Xiaomi dan ZTE.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Googlebook Juga Dikuasakan Snapdragon X Elite, Bateri Tahan Hingga 18 Jam
  • Amazfit Lancar T-Rex Dual Solar, Jam Pintar AMOLED Pertama Di Dunia Dengan Pengecas Solar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY