Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aerotrain operasi 1 julai

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 1 Julai

Diterbitkan Jun 23, 2025 ยท Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh Amalina Athman

Perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mula beroperasi sepenuhnya pada jam 10 pagi, 1 Julai 2025

Dalam kenyataan baru-baru ini, Malaysia Airports memaklumkan perkhidmatan itu kini telah memasuki peringkat akhir percubaan selepas melepasi beberapa ujian, termasuk proses Fault-Free Run (FFR).

Di bawah pemantauan ketat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), FFR melibatkan proses pengesahan di mana tren pertama perlu melengkapkan 2,000km perjalanan secara berterusan tanpa sebarang kerosakan, manakala dua tren selebihnya masing-masing perlu mencatatkan 1,000km perjalanan.

Aerotrain operasi 1 julai_

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan kepada Bernama bahawa Aerotrain baharu yang tiga gerabak itu akan menawarkan perkhidmatan tahap tinggi dengan kapasiti 270 penumpang bagi setiap perjalanan.

Menurut beliau, terdapat dua tren yang akan beroperasi secara bergilir. Secara keseluruhan, terdapat tiga set tren, dengan dua tren akan sentiasa beroperasi manakala satu lagi disediakan sebagai tren simpanan.

Bagi memastikan Aerotrain sentiasa dalam keadaan baik, beliau berkata perkhidmatan itu akan beroperasi di kedua-dua landasan pada waktu puncak, dan satu landasan digunakan di luar waktu puncak.

Sebagai makluman, Aerotrain merupakan sistem pengangkutan dalaman KLIA sejak 1998, namun perkhidmatan itu digantung pada Mac 2023 berikutan mengalami kerosakan.

Berkaitan

  • MOT, KPDN Akan Bincang Haramkan Penjualan 'Dummy Buckle' - Loke
  • Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna Peranti Kawalan Had Laju Mulai Tahun Depan - Loke
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY