Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aeon bank digital islamik

AEON Bank Menjadi Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Januari 9, 2024 · Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh ariff bukhari

AEON Bank (M) Berhad (dahulunya dikenali sebagai ACS Digital Berhad) (“AEON Bank” atau “Bank”) telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memulakan operasi perbankan digital di Malaysia .

Kejayaan ini sekali gus meletakkan AEON Bank sebagai bank digital Islam pertama di Malaysia. Kelulusan itu diberikan selaras dengan pengesahan BNM tentang kesediaan operasi Bank.

AEON Bank juga merupakan anak syarikat AEON Financial Service Co., Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Aeon Bank Raja Teh Maimunah berkata sejajar kedudukan sebagai antara jenama isi rumah runcit paling dikenali di Malaysia, bank itu menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian perbankan digital, keterangkuman dan patuh Syariah yang mudah diakses bagi kumpulan pelanggan Aeon serta semua rakyat Malaysia.

Bersempena pelancaran sebagai bank digital, Aeon Bank merancang untuk turut memperkenalkan aplikasi baharunya secara berperingkat dan bermula dengan fasa pengujian beta eksklusif dalam kalangan pekerjanya.

“Aeon Bank menyasarkan untuk melancarkan fasa permulaannya secara berperingkat dalam separuh pertama tahun ini,” Ketua Pegawai Eksekutif Aeon Bank Raja Teh Maimunah.

{suggest}

Sumber: AEON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Jumlah Terkini Individu Yang Sudah Mendaftar PADU Mengikut Negeri
  • Acer Umum 'Gaming Router' Dengan Rangkaian 5G Dan Wi-Fi 7 Pertama Dunia
  • Boost-RHB Bank Digital Terima Kelulusan Operasi Mulai 15 Januari

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY