Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Photo) Boost Bank Logo

Boost-RHB Bank Digital Terima Kelulusan Operasi Mulai 15 Januari

Diterbitkan Januari 9, 2024 · Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Boost, syarikat teknologi kewangan dengan kerjasama RHB Banking Group (RHB), telah menerima kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memulakan operasi sebagai bank digital, berkuat kuasa 15 Januari 2024.

Berkaitan

  • CelcomDigi & Boost Lancar Kad Prabayar Debit BNPL Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Konsortium ini akan menjadi bank digital pertama majoriti milik Malaysia yang memulakan operasi dengan aplikasi yang direka untuk menangani jurang keterangkuman kewangan bagi golongan yang kurang mendapat akses perbankan.

Menurut Boost, ia menerima kelulusan kawal selia lebih awal daripada masa yang dijadualkan, selepas melalui audit kesediaan operasi menyeluruh yang disahkan oleh BNM.

Setelah berjaya menunjukkan kemampuan infrastruktur asas untuk bank digital, kini secara rasmi dikenali sebagai Boost Bank oleh Axiata dan RHB (Boost Bank), dengan fasa ujian alfa melibatkan pekerja dalaman, keluarga, rakan dan kumpulan pelanggan terpilih.

Menjelang pelancaran umum, bank digital itu akan meningkatkan proposisi produknya secara progresif dan memperhalusi pengalaman pengguna bagi memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.

Terdahulu, konsortium Bank Digital Boost-RHB yang mana Boost memegang 60% ekuiti, dan RHB memiliki baki 40%, adalah antara 5 pemohon lesen yang berjaya diumumkan oleh BNM pada April 2022.

Sumber: Boost Newsroom

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY