Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah Ini Rekaan POCO M3 Yang Didakwa Tertiris?

Adakah Ini Rekaan POCO M3 Yang Didakwa Tertiris?

Diterbitkan November 20, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, pelancaran POCO M3 dijadualkan berlangsung pada 24 November ini. Selain nama peranti, tiada maklumat lain yang didedahkan oleh syarikat itu buat masa ini.

Terbaru, rekaan yang didakwa POCO M3 telah dikongsikan oleh 91mobiles. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, biru dan kelabu. Modul kamera hadir dengan rekaan segi empat tepat yang lebih besar beserta logo POCO. Bahagian hadapan pula dilengkapi dengan paparan bertakuk.

rekaan POCO M3

Melihat pada rekaan ini, ia mengingatkan modul kamera yang dimuatkan pada OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition.

Bagaimanapun, berdasarkan poster yang dikongsikan oleh GizChina, ia memperlihatkan rekaan yang sedikit berlainan dengan modul kamera yang lebih kecil tanpa logo POCO.

Adakah Ini Rekaan POCO M3 Yang Didakwa Tertiris?

Selain rekaan, 91mobiles turut berkongsi spesifikasi yang dijangka akan dimuatkan pada POCO M3.

Peranti ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci, resolusi Full HD+ serta dikuasakan cip Snapdragon 662 dengan gandingan RAM 4GB.  Antara lainnya adalah tetapan tiga kamera dengan 48MP utama serta bateri berkapasiti 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Terdapat spekulasi yang menyatakan POCO M3 versi global ini adalah penjenamaan semula dari Redmi Note 10 4G yang dilancarkan di China.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari POCO pada acara pelancaran yang akan berlangsung 24 November 2020, 8 malam.

Sumber: 91mobiles, GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY