Dikenali sebagai Aspire Vero National Geographic Edition, komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa dari Intel Core i7, RAM DDR4 16GB dan storan pantas PCIe NVMe SSD bersaiz 1TB.
Saiz paparan pula menggunakan skrin IPS 15.6-inci FHD.
Komputer riba ini berharga RM4,299.00 yang didatangkan bersama sistem operaso Windows 11 dan perisian Microsoft Office Home & Student 2021.

Pra tempah untuk komputer riba Acer Aspire Vero National Geographic Edition ini akan dibuka bermula 1 Mei 2022 hingga 31 Julai 2022.
Sempena dengan ini juga, Acer Malaysia mengumumkan program tukar beli (trade-in) peranti lama kepada pelanggan mereka.
Program tukar beli ini terbuka kepada semua tablet, komputer riba, komputer meja dan komputer meja semua-dalam-satu desktop yang berfungsi mahupun tidak berfungsi.
Pelanggan akan menerima baucar rebat tunai bernilai sehingga RM500.00 apabila mereka membeli komputer riba Acer Aspire Vero dan Acer Aspire Vero Edisi National Geographic.

Setiap pembelian Aspire Vero dan Aspire Vero Edisi National Geographic semasa tempoh promosi itu juga akan layak menebus hadiah bernilai RM199 atau kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120.
Acer juga memaklumkan mereka akan menyalurkan sebanyak RM100.00 bagi setiap pembelian komputer riba Aspire Vero National Geographic Edition bagi membiayai penanaman pokok.

Malah Program tukar beli ini dijalankan bersama dengan siri promosi lain yang berlangsung dari 1 Mei 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Pelanggan yang membayar menerusi kad kredit Maybank di Acer eStore akan layak menerima potongan 5% yang akan ditolak secara automatik sebelum pembayaran akhir.
50 unit pertama yang dibeli pelanggan pula akan dihantar dengan Tetikus Vero dan Pad Tetikus Vero bernilai RM178.
Sumber: Media Acer
Baca juga:
- Siri vivo X80 Dilancar Dengan 2 Model, Guna Snapdragon 8 Gen 1 Dan Dimensity 9000
- Siri 'Gaming' vivo T1 Dilancarkan Dengan 2 Model, Harga Serendah RM699
- OPPO A96 Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini
Berkaitan
- Cerebras CS-1 Adalah Komputer Terpantas Dalam Industri Teknologi Kecerdasan Buatan
- Polis Perancis Dan Avast Berjaya Menyekat Serangan Botnet Dan Perisian Hasad Yang Telah Menjangkiti 850,000 Komputer
- Microsoft Beri Amaran Jika Anda Menggunakan Windows 11 Pada Komputer Yang Tidak Disokong
- MSI Dianugerahkan Golden Award Oleh Computex 2019 Menerusi Model Terbaru Komputer Riba MSI GT76 Titan
- Melihat Sedikit Ke Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 – Bahagian 2
- 5 Pepijat Menyebabkan Beratus Juta Pengguna Komputer Dell Berdepan Isu Keselamatan
- Komputer Riba Apple Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Paparan OLED
- Dell Lancar Komputer Meja Berkuasa Terbaru, Alienware Aurora R16
- Acer Day Kembali, Perkenal Komputer Riba Acer Swift Go 14 Edisi Khas
- Komputer Riba Yang Penuh Dengan Perisian Hasad Dilelong Melebihi USD1.3 Juta