Setelah maklumat dan gambarnya dibocorkan sebelum ini, vivo akhirnya melancarkan 2 model untuk siri X80 ini.
Dua model tersebut ialah vivo X80 dan X80 Pro. Menurut maklumat, versi tertingginya iaitu vivo X80 Pro+ hanya akan dirasmikan pada suku ketiga tahun ini.
vivo X80 Pro
Model ini dilancarkan dengan 2 pilihan cip iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dan Dimensity 9000 namun tidak dipastikan yang manakah akan tersedia pasaran global.
Di bahagian hadapan, ia disertakan 6.78 inci skrin E5 LTPO 2.0 AMOLED dengan 120Hz dan resolusi QHD+.
Menjadi tumpuan siri ini ialah kameranya. 4 kamera di belakang dan 1 di hadapan ialah seperti berikut:
- 50MP (ISOCELL GNV), 1/1.3″, f/1.57
- 48MP (IMX598) sudut lebar, 1/2.0″, f/2.2
- 12MP (IMX663) 2x zum, 1/2″, f/1.8
- 8MP 5x zum, f/3.4
- 32MP swafoto
Kesemua kamera pada siri ini disalut dengan Zeiss*T dan dibantu cip pemproses imej vivo V1+.
Baterinya pula sebesar 4,700mAh dengan pengecasan pantas 80W. Untuk pengecasan, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar dengan kelajuan sehingga 50W.
Antara ciri tambahan lain pula ialah sistem penyejukan 27 lapis, cip audio Hi-Fi, perlindungan IP68 dan pembesar suara stereo.
Keluar dari kotak, ia menjalankan OriginOS dengan Android 12. Ia hadir dengan 3 warna iaitu hitam, jingga dan hijau seperti turqouise.
Versi Snapdragon 8 Gen 1
- 8GB+256GB – CNY 5,499 (~RM3,660)
- 12GB+256GB – CNY 5,999 (~RM3,993)
- 12GB+512GB – CNY 6,699 (~RM4,459)
Manaka untuk Dimensity 9000, hanya dua varian iaitu 12GB+256GB dan 12GB+512GB.
X80 Pro ini juga dilengkapkan dengan pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin dengan saiz sekitar 40% lebih luas.
vivo X80
Model ini dijanakan cip MediaTek Dimensity 9000 dengan pilihan RAM antara 8GB dan 12GB manakala storannya pula dari 128GB sehingga 512GB.
Skrinnya juga 6.78 inci dengan 120Hz namun menggunakan LTPO E5 AMOLED, bukan LTPO 2.0 seperti versi Pro.
Baterinya pula sebesar 4500mAh dengan pengecasan 80W tetapi tidak ada sokongan pengecasan tanpa wayar.
- 50MP (IMX866) 1/1.49″, f/1.75
- 12MP (IMX663) 2x zum, f/1.98
- 12MP (IMX663) ultralebar, f/2.0
- 32MP swafoto
Antara kekurangan versi biasa ini ialah ketiadaan perlindungan IP68 dan hanya pengimbas cap jari bawah skrin bukan jenis ultraasonik.
Di China, ia dijual dalam 4 varian dengan harga seperti berikut:
- 8GB+128GB – CNY 3,699 (~RM2,462)
- 8GB+256GB – CNY 3,999 (~RM2,662)
- 12GB+256GB – CNY 4,399 (~RM2,928)
- 12GB+512GB – CNY 4,899 (~RM3,261)
Di Malaysia, siri ini akan dilancarkan pada 8 Mei 2022 melalui laman sosial vivo Malaysia.
Sumber: GSMArena
Baca juga: