OPPO A96 Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

OPPO telah melancarkan peranti baharu OPPO A96 pada 18 April lepas. Pratempah untuk peranti tersebut telah dibuka dari tarikh tersebut hingga 22 April ini. Tambahan lagi, OPPO A96 akan berada dipasaran secara rasmi bermula 23 April ini dengan hadiah yang istimewa.



Anda boleh menjadi yang pertama untuk mendapatkan OPPO A96 melalui 6 tempat yang telah dipilih OPPO seperti yang dinyatakan gambar di atas. Selain itu, anda berpeluang untuk memenangi queue gift OPPO Enco Air 2 pada 23 April ini di kedai yang terpilih.

Terdapat pelbagai acara menarik daripada OPPO pada hari pertama jualan peranti OPPO A96 ini seperti cabutan bertuah.



Seterusnya, OPPO juga akan memberi hadiah istimewa power bank dan payung daripada OPPO yang bernilai RM99. Tidak lupa juga hadiah percuma yang istimewa bernilai RM399 eksklusif untuk ahli My OPPO dalam jerayawara tersebut.

Dalam pada itu, bermula 23 April hingga 15 Mei, anda layak untuk menerima hadiah bernilai RM498 hingga RM742 jika anda membeli OPPO A96 melalui saluran yang berbeza.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga: