Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift X 14 Rasmi, 3 Model Diperkenalkan Bermula Harga RM5999

Acer Swift X 14 Rasmi, 3 Model Diperkenalkan Bermula Harga RM5999

Diterbitkan Julai 18, 2023 · Dikemas kini Julai 18, 2023 oleh Firdaus

Acer Malaysia merasmikan komputer riba terbaru mereka untuk pasaran Malaysia – Acer Swift X 14. Untuk pengetahuan anda, Acer Swift X 14 ini adalah sebuah peranti kompak tetapi mempunyai spesifikasi yang mantap.

Acer Swift X 14 Rasmi, 3 Model Diperkenalkan Bermula Harga RM5999

Spesifikasi Acer Swift X 14

Acer Swift X 14 menawarkan 3 pilihan model untuk pengguna – SFX14-71G-588D, SFX14-71G-7841 dan yang paling berkuasa SFX14-71G-783K. 

Acer Swift X 14_02_Thumbnail

Model SFX14-71G-588D dikuasakan cip Intel Core i5-13500H, memori RAM LPDDR5 16GB, storan SSD NVMe PCIe Gen4 berkapasiti 512GB dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050. 

Sementara itu, model SFX14–71G–7841 menggunakan cip Intel Core i7-13700H, memori RAM LPDDR5 16GB, storan SSD NVMe PCIe Gen4 berkapasiti 1TB dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050. 

Bagi model yang paling berkuasa, SFX14–71G–783K dikuasakan cip Intel Core i7-13700H, memori RAM LPDDR5 32GB, storan SSD NVMe PCIe Gen4 berkapasiti 1TB dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4050.

Acer Swift X 14_01_Thumbnail

Selain spesifikasi di atas, ketiga-tiga model Acer Swift X 14 mempunyai skrin OLED berukuran 14.5″ beresolusi WQXGA+, nisbah aspek Acer CineCrystal 16:10 dan sokong 120Hz refresh rate.

Di samping itu, ia mempunyai ketahanan bateri hingga 10 jam, berat 1.55 kg, hadir dalam warna Steel Grey, menjalankan Windows 11 dan mempunyai waranti tempatan selama 2 tahun dan 1 tahun waranti antarabangsa.

Harga Dan Ketersediaan

Siri Acer Swift X 14 dijual pada tanda harga RM5,999, RM6,399 dan RM7,399 untuk ketiga-tiga modelnya.

Acer Swift X 14 Rasmi, 3 Model Diperkenalkan Bermula Harga RM5999

Anda yang membeli siri Acer Swift X 14 di mana-mana pengedar sah Acer sebelum 31 Julai layak menerima hadiah bernilai RM549 seperti Porsche Wireless Mouse dan waranti tambahan Acer Supercare.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Berkaitan

  • PRN 2023: Semak Tempat Mengundi Di MySPR, Ini Caranya
  • CelcomDigi Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Gabungkan Rangkaian
  • Gurman: Apple Dijangka Lancar Mac Baharu Dengan Cip M3 Pada Oktober
  • Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY