ConceptD adalah kategori komputer untuk pengguna pro yang terbaru dari Acer.
Pada sidang media global Acer, Next@Acer 2019 yang berlangsung di New York awal pagi tadi, Acer telah pertonton dan perkenalkan barisan produk terbaru mereka kepada umum.
Antara model terbaru yang diperkenalkan adalah komputer riba Acer Predator Helios 700, Chromebook 715 dan TravelMate P6.
Selain model terbaru, Acer turut mengemaskini beberapa model komputer utama mereka seperti komputer riba Acer Nitro 7 2019.
Selain model-model terbaru tersebut, Acer turut pertontonkan konsep komputer terbaru yang sedang dibangunkan mereka yang dipanggil ‘ConceptD’.
ConceptD
Barisan model komputer terbaru dari Acer yang dipanggil ‘ConceptD’ terdiri daripada model komputer meja, komputer riba berprestasi tinggi dan sederhana serta paparan terbaru.
https://www.youtube.com/watch?v=dIibtA-OBI0
ConceptD 900 dan 500
ConceptD 900 dan 500 adalah kategori model komputer meja Acer yang berprestasi tinggi. Ia memfokuskan untuk pengguna yang memerlukan kuasa pemprosesan bagi memproses kesan visual yang kompleks seperti model 3D, simulasi dan pembangunan realiti maya.

Untuk model ConceptD 900, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan berkembar Intel® Xeon® Gold 6148, kad grafik NVIDIA Quadro RTX 6000 serta 12 slot memori RAM yang menyokong kapasiti sehingga 192GB.

Manakala bagi model ConceptD 500, ia dilengkapi dengn cip pemprosesan Intel® 8 Core™ i9-9900K generasi ke 9, kad grafik NVIDIA Quadro RTX 4000 serta 4 slot memori RAM yang menyokong kapasiti sehingga 64GB (2666 MHz DDR4).
Siri ConceptD 9, 7 dan 5
Untuk kategori komputer riba, Acer pertontonkan 3 model terbaru yang terdiri daripada ConceptD 9, 7 dan 5.
Bagi model ConceptD 9, Acer memfokuskan komputer riba ini bagi pengguna profesional yang mengoperasikan perisian-perisian berat yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi seperti perisian 3D dan kesan visual.

ConceptD 9 dilengkapi dengan paparan sah PANTONE bersaiz 17.3″ Ultra HD (3840 x 2160) yang boleh diubah mod bentuknya kepada 3 mod, cip pemprosesan Intel Core i9 generasi ke-9 (mobile processor), grafik yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 2080, menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB (DDR4, 2666MH) serta 2 storan 512GB M.2 PCIe NVMe SSDs RAID 0.
Bagi model ConceptD7, Acer memfokuskan untuk editor video profesional. Acer menyatakan, komputer riba ConceptD7 mereka mampu mengoperasikan penyuntingan video 6K RED pada waktu sebenar.

Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-9 Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce RTX™ 2080 dan paparan sah PANTONE bersaiz 15.6″ UHD (3840 x 2160) 4K IPS.
Manakala model Acer ConceptD 5 pula adalah sebuah komputer riba nipis yang ringan, memfokuskan pengguna profesional yang memudahkan ia dibawa ke mana-mana tetapi dengan prestasi premium.
Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-8, Core i7, kad grafik Radeon™ RX Vega M GL, badan yang diperbuat daripada magnesium-aluminum dan paparan 4K UHD sah PANTONE.

Monitor ConceptD dan ConceptD OJO Windows Mixed Reality
Selain barisan model komputer ConceptD, Acer turut pertontonkan 2 model monitor terbaru iaitu ConceptD CM7321K dan ConceptD CP7271K.

Selain itu, Acer turut pertontonkan set kepala ConceptD OJO Windows Mixed Reality bagi realiti maya dan realiti campuran.
Ia dilengkapi dengan paparan 4,320 x 2,160, boleh ditanggal dan diubah saiz mengikut saiz kepala pengguna. Ia juga dimuatkan dengan sistem audio terbina dalam dan teknologi IPD yang dipatenkan bagi memastikan paparannya terletak pada jarak optimum dari mata si pemakai.
Kesemua barisan produk terbaru Acer ConceptD ini dijangka akan tiba dipasaran di antara bulan Mei hingga Disember tahun ini juga.