Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (80)

Acer ConceptD 7 Ezel Dengan Separuh Mini Desktop & Tablet

Diterbitkan Januari 6, 2020 ยท Dikemas kini Januari 6, 2020 oleh Amalina Athman

Acer telah memperluaskan barisan produk ConceptD dengan memperkenalkan sepasang laptop baru di CES 2020. ConceptD 7 Ezel dan ConceptD 7 Ezel Pro adalah produk yang dikuasakan oleh NVIDIA RTX dengan binaan yang mengagumkan.

Acer ConceptD 7 Ezel

ConceptD 7 Ezel mempunyai saiz 15.6 inci dengan paparan skrin 4k, yang boleh berputar dengan lima konfigurasi yang berbeza, termasuk mod terapung yang melihatkan paparan skrin tergantung di atas papan kekunci komputer riba.

Alternatif lain, anda boleh melipat skrin sentuh ke bawah dan lakarkannya menggunakan pen Wacom EMR. Rekaan ini mempunyai ciri yang lebih sesuai untuk tugasan kreatif kerana ia membolehkan anda menggunakan komputer riba seperti tablet lukisan.

ConceptD 7 Ezel mempunyai warna yang lebih tepat iaitu skrin meliputi gamut warna Adobe RGB 100%, dan ketepatan warna Delta E<2. Ia mempunyai kecerahan puncak sehingga 400 nit dan mempunyai lapisan anti-silau.

Selain itu, komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang boleh dijumpai dalam komputer riba yang berfokus kepada permainan. Ia didatangkan dengan siri Intel 10th Gen H Processor, RAM 32GB, dan 2TB storan. Bagi versi Pro, ia mempunyai Intel Xeon Processor.

Kedua-dua komputer riba ini mempunyai GPU Nvidia (terdapat pilihan GPU Quadro RTX bagi versi Pro), dan merupakan program Nvidia RTX Studio iaitu termasuk driver yang direka untuk meningkatkan prestasi perisian kreatif. Komputer riba ini mempunyai dua port Thunderbolt 3, slot kad SD, DisplayPort 1.4 dan HDMI 2.0.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY