A13 Bionic, Rahsia Di Sebalik Kehebatan Bateri Iphone 11 Pro Max

Iphone seringkali hadir dengan kapasiti bateri yang lebih rendah berbanding peranti Android dan dilihat ia tidak mampu memberi saingan dan juga para pengguna Iphone terdahulu sering diejek dengan ejekan powerbank kerana kelemahan bateri peranti keluaran Apple itu.
Kini, isu kelemahan bateri Iphone boleh dianggap selesai apabila peranti terbaru Apple iaitu Iphone 11 Pro Max telah berjaya menewaskan beberapa peranti Android yang lain seperti Huawei Mate 30 Pro dan Samsung Galaxy Note 10 Plus. Walaupun hanya mempunyai bateri berkapasiti 3969mAh, ia mampu menewaskan Mate 30 Pro yang mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh dan Note 10 Plus yang mempunyai kapasiti bateri 4300mAh. Jika dilihat di atas kertas, ia sememangnya agak tidak masuk akal bagaimana peranti dengan kapasiti bateri yang lebih rendah menewaskan peranti yang mempunyai kapasiti yang lebih besar.



Menurut satu artikel yang ditulis oleh sebuah laman teknologi iaitu Phonearena, rahsia ketahanan bateri Iphone 11 Pro Max ialah kerana keupayaan cipset A13 Bionic 7nm yang merupakan cipset paling berkuasa di kalangan telefon pintar ketika ini. Menurut sebuah laman bernama Anandtech, mereka telah membuat ujian prestasi, bateri dan camera terhadap cipset A13 Bionic, A12 Bionic dan A11 Bionic.



Jika dilihat kepada hasil ujian, di sebelah kiri rajah menunjukkan keupayaan ketiga-tiga cipset tersebut dalam penggunaan kuasa dan dilihat A13 Bionic yang paling sedikit menggunakkan kuasa dan di sebelah kanan rajah pula menunjukkan prestasi di mana A13 Bionic mendominasi prestasi mengatasi cipset A12 Bionic dan A11 Bionic.

Menurut phonearena juga, A13 Bionic jauh lebih berkuasa dan efisien jika dibandingkan dengan cipset yang digunakan oleh peranti Android yang lain. Seterusnya menunjukkan persaingan Iphone dalam kategori bateri walaupun hadir dengan kapasiti bateri yang lebih rendah. Iphone 11 Pro Max juga hadir dengan reka bentuk yang lebih tebal berbanding Iphone Xs Max dan Apple juga telah membuang fungsi 3D Touch untuk meningkatkan lagi keupayaan bateri peranti terbarunya itu di samping dijana dengan cipset A13  Bionic yang merupakan cipset paling berkuasa ketika ini.

Sumber : phonearena

Berkaitan