Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Cara Buang Dan Sekat Fail AI Bersaiz 4GB Daripada Dimuat Turun Tanpa Izin Ke Dalam Chrome

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

Google Chrome didakwa memuat turun fail model AI sebesar 4GB ke dalam peranti tanpa disedari atau kebenaran pengguna.

Fail ini digunakan untuk mengaktifkan model AI Gemini Nano yang menyokong fungsi seperti pengesanan penipuan, autofill dan “Help Me Write”.

Walau bagaimanapun, ramai pengguna berasa terganggu kerana isu kebimbangan privasi dan saiz ruang storan yang digunakan tanpa diketahui mereka.

Jadi untuk pengguna macOS, bagi membuang fail ini yang dikenali sebagai Weights.bin, anda buka Finder dan pergi ke Library > Application Support > Google > Chrome > Default > OptGuideOnDeviceModel.

Jika fail weights.bin wujud, bermakna model AI telah dipasang.

Untuk membuangnya, anda boleh klik kanan butang tetikus pada fail dan pilihGet Info untuk mengesahkan saiznya.

Namun, sekadar memadam fail itu sahaja tidak mencukupi kerana Chrome akan memuat turun semula fail tersebut ke dalam Mac anda.

Maka, cara terbaik menyekat terus daripada fail itu dimuat turun adalah dengan mematikan terus fungsi AI itu terus dari dalam pelayar Chrome melalui Settings > System > On-device AI.

Bagi pengguna Windows pula, anda boleh menemui fail tersebut melalui App Data dengan tekan kekunci Windows + R.

Kemudian taip %LOCALAPPDATA%\Google\Chrome\User Data\

Screenshot 2026-05-13 141705
Jika fail “weights.bin” itu tiada di dalam PC anda bermakan ia belum dipasang.

Jika pilihan tidak muncul, anda boleh mematikannya terus dari Settings pelayar Chrome sebelum memadam fail itu secara manual.

Cara Buang Dan Sekat Fail AI Bersaiz 4GB Daripada Dimuat Turun Tanpa Izin Ke Dalam Chrome
Sebaik sahaja tetapan ini dimatikan, Chrome akan mengalih keluar model tersebut dan sepatutnya berhenti memuat turunnya dalam kemas kini akan datang. Selepas dibuang, sebarang ciri Chrome yang bergantung padanya tidak lagi berfungsi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini
  • ASUS Umum Monitor ProArt OLED Baharu Untuk Profesional, Harga Dari ~RM9,400

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY