Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PS5 Kini Ada Live TV Percuma Dengan Lebih 100 Saluran

Sony kini memperkenalkan Live TV on PS5, ciri baharu yang membolehkan pengguna menonton lebih 100 saluran televisyen secara langsung secara percuma melalui konsol PlayStation 5. Bagaimanapun, ciri tersebut buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat. Ia boleh diakses melalui tab Media pada PS5 dan menggunakan model free ad-supported streaming television (FAST), iaitu…

Dyson Lancar Berus Gigi Terbina Kamera Pertama Di Dunia Berharga ~RM2,050

Dyson sekali lagi merevolusikan dunia teknologi apabila melancarkan Dyson CameraJetâ„¢, berus gigi pintar pertama di dunia terbina kamera yang turut menggabungkan pembelajaran mesin, dan dinamik bendalir berketepatan tinggi untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut. Menurut James Dyson, pengasas dan ketua jurutera, inovasi ini bertujuan menyelesaikan tiga masalah utama dalam penjagaan oral, melihat kawasan yang sukar dicapai,…

TNB Mulakan Pembangunan ‘National Grid Backbone 500kV’ – Bakal Jadi Sistem Penghantaran 500kV Terpanjang Di Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memulakan pembangunan National Grid Backbone 500kV, projek talian penghantaran elektrik baharu yang akan memperkukuh keterjaminan tenaga negara, menyokong peralihan tenaga serta memenuhi keperluan bekalan elektrik pada masa hadapan. Dalam pembangunan tersebut, Pencawang Masuk Utama (PMU) 500kV Kampung Awah di Maran, Pahang, yang tapaknya dirasmikan baru-baru ini, akan berperanan sebagai salah…

AFP, Elon Musk

Elon Musk Pertahan Pusat Data AI, Bidas Peraturan EU

Elon Musk pada Selasa menggesa kumpulan G20 agar berhati-hati dalam mengawal selia sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI), dengan menyatakan bahawa peraturan ala Eropah menyekat inovasi. Musk turut mempertahankan pembinaan pusat-pusat data bagi memenuhi keperluan revolusi AI, di tengah-tengah penentangan yang semakin meningkat terhadap pembinaannya di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya separuh penggal akhir tahun…

GoPro Bakal Diambil Alih Starman Optical Dalam Perjanjian AS$285 Juta

GoPro, syarikat yang terkenal dengan kamera aksinya, bakal diambil alih oleh Starman Optical selepas kedua-dua syarikat memeterai perjanjian muktamad untuk bergabung dalam satu transaksi bernilai AS$285 juta. Menerusi perjanjian itu, pemegang saham GoPro akan menerima bayaran tunai keseluruhan sebanyak AS$285 juta, bersamaan AS$1.14 sesaham. Mereka juga akan mengekalkan kira-kira 10% pegangan dalam syarikat, manakala Starman…

POCO X8 Turut Dilancarkan – Bateri 8,340mAh, Harga Dari RM1,499

Selain siri POCO F9, POCO hari ini turut memperkenalkan POCO X8 yang hadir dengan bateri berkapasiti besar, skrin AMOLED serta cip Snapdragon 6s Gen 4. POCO X8 dilengkapi bateri 8,340mAh berasaskan teknologi silikon-karbon dengan kandungan silikon 13%. Menurut POCO, kapasiti ini meningkat 63.2% berbanding model sebelumnya dan mampu menawarkan penggunaan melebihi dua hari dengan sekali…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,757
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress