Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dyson CameraJet, product in-use, model imagery, JPEG, PSD

Dyson Lancar Berus Gigi Terbina Kamera Pertama Di Dunia Berharga ~RM2,050

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh ariff bukhari

Dyson sekali lagi merevolusikan dunia teknologi apabila melancarkan Dyson CameraJet™, berus gigi pintar pertama di dunia terbina kamera yang turut menggabungkan pembelajaran mesin, dan dinamik bendalir berketepatan tinggi untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut.

Menurut James Dyson, pengasas dan ketua jurutera, inovasi ini bertujuan menyelesaikan tiga masalah utama dalam penjagaan oral, melihat kawasan yang sukar dicapai, meningkatkan prestasi pembersihan, dan mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh.

[Key Visual] CameraJet Device Technology Imagery
Antara teknologi yang diterapkan dalam peranti ini termasuklah Setiap kepala berus dilengkapi dengan tag RFID sendiri, yang mengenal pasti bila ia disambungkan, berapa banyak pembersihan yang telah dilakukan dan memberi amaran kepada pengguna bila tiba masanya untuk menggantikannya.

Selama beberapa dekad, rutin penjagaan oral bergantung kepada memberus, flos, dan berkumur.

Namun, kajian menunjukkan 9 daripada 10 orang tidak melakukan flos dengan betul dan hanya memberus selama 45 saat, jauh daripada saranan dua minit.

Ruang interdental yang sering terlepas menjadi punca utama pembentukan plak, nafas berbau, dan kerosakan gigi.

Menurut Laporan Kesihatan Oral Global WHO 2025, lebih 3.7 bilion penduduk dunia terjejas oleh penyakit oral, yang kini dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung dan Alzheimer.

Dyson CameraJet tech imagery, plain background, JPEG, PSD
CameraJet terbina kamera kanta makro 100k piksel yang dikuasakan oleh Gap Optical Targeting™, algoritma pembelajaran mesin AI Dyson. Ia mengimbas 28 imej langsung sesaat untuk mengenal pasti, menjejaki dan meramalkan jurang antara gigi dalam masa nyata.Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi 2.4GHz dan Bluetooth, membolehkan pengguna melihat gigi mereka melalui ciri tontonan langsung dalam aplikasi MyDyson™.

Jadi, dengan CameraJet™, Dyson membawa pendekatan baharu yang menggabungkan teknologi dan sains termaju dalam penjagaan kesihatan oral setiap hari.

Berus gigi canggih Dyson CameraJet™ ini dijual pada harga $499.99 (~RM2,050) yang dijangka akan tersedia di pasaran tempatan tidak lama lagi. 

Berkaitan

  • (Video) Ciptaan Pelajar Malaysia Terpilih Untuk Top 20 James Dyson Award 2025
  • Dyson Lancar Spot+Scrub Ai, Robot Vakum Hibrid Pertama Dengan AI Untuk Kesan Dan Cuci Tompokan Kotoran
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY