Jumlah pemegang akaun aktif bagi perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) di Malaysia meningkat kepada 8 juta pada suku pertama tahun 2026. Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah baki terkumpul BNPL kini mencecah RM5.3 bilion, manakala tunggakan pembayaran berjumlah RM181 juta atau bersamaan 3.4% daripada keseluruhan baki terkumpul….
DENZA Z9GT Rasmi Di Malaysia, EV Mewah 1,156PS, 701km, RM358,800
DENZA secara rasmi melancarkan DENZA Z9GT di Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai pasaran pertama di rantau Asia Pasifik menerima model grand tourer elektrik mewah tersebut. Ditawarkan pada harga RM358,800 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran), Z9GT tampil sebagai model utama jenama premium di bawah BYD. DENZA Z9GT dibangunkan berasaskan e3 Platform baharu BYD yang…
Samsung Perkenal Flex Titanium, Teknologi Paparan Baharu Untuk Galaxy Boleh Lipat Akan Datang
Samsung kini memperkenalkan teknologi paparan baharu, Flex Titanium, untuk peranti Galaxy boleh lipat akan datang. Menurut Samsung, Flex Titanium dibangunkan berdasarkan pengalaman syarikat selama tujuh generasi menghasilkan peranti Galaxy boleh lipat. Teknologi ini dibangunkan untuk meningkatkan ketahanan paparan, mengurangkan keterlihatan kesan lipatan (crease) serta memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Teknologi Flex Titanium mengintegrasikan dua…
PLUS Aktifkan JustGO Di 6 Lagi Plaza Tol – Diperluas Ke Semua Plaza Tol Mulai Ogos
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperluas pelaksanaan Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Sistem Pengecaman Nombor Plat (ANPR) ke Wilayah Selatan menerusi pengaktifan JustGO di enam lagi plaza tol bermula 15 Julai 2026. Pengaktifan terbaharu ini melibatkan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA). Enam plaza tol yang terlibat ialah Plaza Tol…
Hampir 80% Pendapatan Steam Kini Datang Daripada Game Lama
Platform permainan digital terbesar dunia, Steam, terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila dianggarkan menjana AS$11.1 bilion (sekitar RM47 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama 2026. Menurut firma analitik Alinea Analytics, angka itu merupakan rekod tertinggi pernah dicapai Steam bagi separuh pertama tahun. Pendapatan tersebut meningkat kira-kira 14.5% berbanding tempoh sama tahun lalu, malah hampir menyamai keseluruhan…
MCMC Perkukuh Rangkaian, Tangani Isu Isyarat Penuh Tiada Capaian Internet – Teo
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama pemberi perkhidmatan sedang melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan bagi mengatasi masalah pengguna menerima isyarat telefon penuh (full bars), tetapi tidak mempunyai capaian internet. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah itu termasuk meningkatkan kapasiti rangkaian di kawasan yang mengalami penggunaan data yang tinggi, menaik taraf rangkaian penghantaran menggunakan…
