Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kandungan Netflix Korea Selatan Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia

Analisis baharu oleh Omdia dan Digital i mendedahkan bahawa kandungan Korea Selatan menjadi tontonan paling popular di Netflix di luar Amerika Syarikat, dengan mencatatkan 12.1 bilion jam tontonan global antara April 2025 hingga Mac 2026. Angka ini mengatasi kandungan Jepun sebanyak 44% dan hampir dua kali ganda berbanding kandungan dari United Kingdom, sekali gus menunjukkan…

Pengguna Kini Boleh Buat Panggilan Suara, Video Secara Terus Di WhatsApp Web

WhatsApp kini mula mengaktifkan ciri panggilan suara dan video menerusi WhatsApp Web untuk pengguna di Malaysia. Berdasarkan semakan, pengguna tempatan sudah mula menerima sokongan panggilan terus daripada pelayar web, bukan sahaja untuk sembang individu tetapi juga sembang berkumpulan. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh memulakan panggilan tanpa perlu beralih ke aplikasi mudah alih atau versi…

Roblox Perkenal Akaun Kids, Select Di Malaysia – Akses Disesuaikan Mengikut Umur

Roblox kini memperkenalkan dua jenis akaun baharu di Malaysia, iaitu Roblox Kids dan Roblox Select, seiring pelancaran global yang bermula hari ini. Menurut Roblox, pengguna akan ditempatkan secara automatik dalam kategori akaun yang bersesuaian. Roblox Kids ditujukan kepada kanak-kanak lebih muda (5-8 tahun) dengan tetapan keselamatan yang lebih ketat, manakala Roblox Select disediakan untuk kanak-kanak…

Terlalu Mengganggu, Skuter Elektrik Sewaan Bakal Diharamkan Di Belgium

Skuter elektrik sewaan akan dilarang di Brussels bermula tahun depan, menurut pihak berkuasa di ibu negara Belgium itu, atas faktor keselamatan. Keputusan tersebut menjadikan Brussels sebagai bandar terbaharu yang mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan dua roda yang disewa melalui aplikasi itu, menyusuli langkah serupa yang telah diambil oleh Paris, Madrid, dan Prague dalam beberapa tahun…

TikTok Shop Kurangkan Yuran Komisen Bagi Kategori Keperluan Asas Terpilih, Bermula 20 Jun 2026

TikTok Shop akan mengurangkan yuran komisen platform bagi beberapa kategori keperluan asas terpilih bermula 20 Jun 2026. Menurut TikTok Shop, langkah itu diperkenalkan bagi membantu mengurangkan kos operasi penjual, melindungi margin keuntungan serta memberi lebih ruang kepada peniaga untuk mengembangkan perniagaan atau menawarkan harga yang lebih kompetitif. Kadar baharu berbeza mengikut kategori produk, jenis kedai…

Fasiliti Rehabilitasi Tercanggih Dan Terbesar Di Asia Tenggara Dimasyhurkan Sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah

Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan PERKESO kini dimasyhurkannya sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah. Fasiliti rehabilitasi yang terketak di Ipoh ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menjadikannya yang terbesar di Asia Tenggara. Mula dibina pada 2 Mei 2022, fasiliti di atas tanah seluas 38.47 ekar ini siap sepenuhnya dalam…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,644
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress