Netflix hari ini mengumumkan syarikat itu menolak untuk meningkatkan tawaran bagi pengambilalihan Warner Bros. Keputusan ini dibuat selepas Warner Bros. Discovery (WBD) memaklumkan bahawa cadangan terkini Paramount Skydance merupakan “Superior Proposal” di bawah terma perjanjian penggabungan sedia ada WBD dengan Neflix. Menurut kenyataan CEO bersama Netflix, Ted Sarandos dan Greg Peters, tawaran asal Netflix sebenarnya…
Guna Walkie-Talkie Tidak Diperakui Boleh Ganggu Komunikasi Kritikal, Bahayakan Pengguna – Teo
Penggunaan walkie-talkie yang tidak diperakui berisiko mencetuskan gangguan mudarat terhadap perkhidmatan komunikasi kritikal negara, termasuk yang digunakan pasukan keselamatan, kecemasan serta radio navigasi penerbangan dan maritim. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kelengkapan walkie-talkie yang tidak mematuhi standard juga boleh menimbulkan risiko keselamatan pengguna. Antaranya termasuk risiko renjatan dan kebakaran, terutamanya semasa aktiviti pengecasan….
HBO Max Akan Perketat Perkongsian Kata Laluan Di Seluruh Dunia Mulai Tahun Ini
HBO Max bakal memperluas sekatan perkongsian kata laluan di seluruh dunia, yang akan berkuat kuasa mulai tahun ini. Menurut laporan The Wrap, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Penstriman Global dan Permainan Warner Bros. Discovery, JB Perrette, dalam panggilan pendapatan Q4 2025. Tahun lalu, HBO Max mula mengenakan bayaran tambahan bagi perkongsian akaun…
Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas
Google kini memperkenalkan Nano Banana 2, versi lebih berkuasa bagi model penjanaan imej AI Nano Banana yang tular tahun lalu. Model baharu ini, juga dikenali sebagai Gemini 3.1 Flash Image, mampu menghasilkan imej yang lebih realistik berbanding versi sebelumnya, dengan masa pemprosesan lebih pantas. Nano Banana 2 membawakan kecerdasan berkelajuan tinggi Gemini Flash untuk penjanaan…
Rakyat Malaysia Dibenar Miliki 5 Kad SIM Prabayar Bagi Setiap Telco
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, selaras dengan peruntukan Seksyen 55 dan 104 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Menurut MCMC, pengeluaran Standard Mandatori ini merupakan langkah pengawalseliaan penting bagi menutup ruang penyalahgunaan pendaftaran prabayar yang sering dieksploitasi…
Airbnb Perkenal Tempah Sekarang, Bayar Kemudian Di Malaysia
Airbnb memperkenalkan ciri “Tempah Sekarang, Bayar Kemudian” di Malaysia, menawarkan lebih fleksibiliti kepada tetamu yang ingin merancang perjalanan. Melalui pilihan ini, pengguna boleh menempah penyenaraian yang layak tanpa membuat sebarang bayaran semasa tempahan, dengan bayaran penuh hanya perlu dijelaskan sebelum tempoh pembatalan percuma tamat. Ciri ini tersedia untuk penyenaraian seluruh dunia yang mempunyai polisi pembatalan…
