Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reserve Now, Pay Later

Airbnb Perkenal Tempah Sekarang, Bayar Kemudian Di Malaysia

Diterbitkan Februari 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Airbnb memperkenalkan ciri “Tempah Sekarang, Bayar Kemudian” di Malaysia, menawarkan lebih fleksibiliti kepada tetamu yang ingin merancang perjalanan.

Melalui pilihan ini, pengguna boleh menempah penyenaraian yang layak tanpa membuat sebarang bayaran semasa tempahan, dengan bayaran penuh hanya perlu dijelaskan sebelum tempoh pembatalan percuma tamat.

Ciri ini tersedia untuk penyenaraian seluruh dunia yang mempunyai polisi pembatalan sederhana atau fleksibel. Polisi pembatalan hos tidak berubah dan bayaran tetap perlu dibuat sebelum tempoh percuma berakhir, sekali gus memberi ruang kepada hos mendapatkan tempahan lain jika berlaku pembatalan.

Menurut tinjauan Airbnb dan Focaldata terhadap 536 rakyat Malaysia, 68 peratus responden menyatakan pilihan bayaran fleksibel penting ketika menempah percutian, manakala 67 peratus pernah menggunakannya. Hampir separuh pula mengakui terlepas penginapan pilihan kerana mengambil masa menyelaras bayaran perjalanan berkumpulan.

Airbnb percaya langkah ini dapat menggalakkan lebih banyak tempahan, khususnya bagi perjalanan berkumpulan dan perancangan yang lebih mesra bajet menjelang 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan
  • Ini Sebab Malaysia Jadi Pilihan Pembangunan Pusat Data Di Asia Tenggara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY