Huawei sebentar tadi memperkenalkan dua peranti baharu mereka untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Band 11 dan HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition, yang direka untuk meningkatkan gaya hidup dan produktiviti pengguna. Band 11 kini hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, paparan lebih besar serta terang untuk maklumat pantas walaupun di bawah cahaya matahari….
Jepun Kuat Kuasa Larangan Guna ‘Power Bank’ Dalam Pesawat Mulai April
Jepun bakal menguatkuasakan larangan penggunaan power bank atau bank kuasa di dalam pesawat bermula April, susulan beberapa insiden melibatkan bateri mudah alih yang terbakar ketika penerbangan. Menurut laporan, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun telah mula memaklumkan perkara tersebut kepada syarikat penerbangan. Peraturan baharu itu akan terpakai kepada semua penerbangan yang berlepas dari atau tiba di…
Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit
Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi, khususnya di kawasan bandar, menuntut penyesuaian dalam penentuan waktu solat. Perbezaan ketinggian aras didapati boleh mempengaruhi kenampakan matahari ketika terbit dan terbenam, sekali gus memberi kesan kepada ketepatan waktu solat. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan, semakin tinggi sesuatu aras, semakin berbeza sudut penglihatan ufuk, yang boleh menyebabkan sedikit perbezaan masa…
Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data
Pusat data kini menjadi nadi ekonomi digital global, menyokong segala-galanya daripada penstriman video, storan awan hingga kecerdasan buatan. Berdasarkan data terkini oleh Visual Capitalist menunjukkan pengagihan pusat data sangat tidak seimbang, dengan Amerika Syarikat muncul sebagai peneraju mutlak. Amerika Syarikat memiliki lebih 3,960 pusat data, jumlah yang melebihi gabungan 14 negara lain di tangga teratas….
Cara Lihat Fail Lebih Pantas Di Windows 11
Bagi pengguna Mac, mereka sudah sudah lama menikmati fungsi pratonton yang membolehkan mereka melihat fail segera dengan menekan kekunci spacebar. Namun, di Windows 11 ciri ini tiada secara lalai. Jadi, untuk mendapatkan ciri ini, pengguna Windows perlu memasang aplikasi QuickLook yang boleh dimuat turun secara percuma dari Microsoft Store. Selepas dipasang, ia berjalan di latar…
Perbandingan Penggunaan Tenaga AI Tidak Adil, Sam Altman Kata “Latih Manusia Juga Perlu Banyak Tenaga”
CEO OpenAI, Sam Altman, baru-baru ini mengulas mengenai kebimbangan orang ramai terhadap penggunaan tenaga kecerdasan buatan (AI) dalam satu acara yang dianjurkan oleh The Indian Express di India. Menurut Altman, banyak dakwaan yang tersebar di internet, seperti setiap pertanyaan ChatGPT menggunakan 17 gelen air, adalah tidak benar sama sekali serta disifatkannya sebagai “tidak masuk akal”…
